MRSM akan Mengenakan Bayaran yang Tinggi Bermula Pada Tahun Hadapan- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 03:47 pm

news-get-into-mrsm-or-sbp-and-be-part-of-the-academic-elites-mrsm

 

MRSM baharu kemungkinan akan ditubuhkan dan dikenakan bayaran yuran yang tinggi bermula pada tahun hadapan. Formula baharu ini dicadangkan berikutan ramai permintaan ibu bapa yang  berpendapatan tinggi untuk menghantar anak mereka menyambung pengajian di Maktab tersebut.

 

belia-katolik-berdoa-bersama

 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob berkata, beliau telah mencadangkan kepada Majlis Amanah MARA untuk menubuhkan MRSM yang baharu dengan mewujudkan sistem berbayar bermula pada tahun hadapan. Kenyataan tersebut berikutan banyak permintaan dari ibu bapa yang berpendapatan tinggi untuk menghantar anak mereka yang cemerlang UPSR ke maktab tersebut, memandang sebelum ini keutamaan hanya diberikan kepada pelajar cemerlang yang datang dari keluarga berpendapatan rendah di luar bandar sahaja.

  [caption id="attachment_4183" align="alignnone" width="542"] Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah[/caption]

Ismail Sabri berkata lagi, “MRSM dengan formula yang baharu itu bakal diwujudkan di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, kadar bayaran yuran adalah rendah  berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa yang lain.  Namun, kadar yuran MRSM berbayar bergantung kepada kos dan masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenainya," katanya.

 

keep-religion-away-from-sarawak-institutions-of-higher-learning-1024x576

 

“Walau bagaimanapun, sistem MRSM yang sedia ada tetap diteruskan seperti biasa dan bermula pada tahun hadapan, pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan untuk masuk ke MRSM itu,”, ujarnya.

 

mrsm-batu-pahat

Sumber : Utusan Malaysia, Sinar Harian   Untuk mendapat informasi terbaru dalam bidang pendidikan, klik di sini.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail