Mercy Mission Bakal Lahirkan Graduan yang Memiliki Dua Ijazah Selepas Penubuhan Universiti Itu Menjelang Tahun 2018 Kelak

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 03, 2017, 01:12 pm

MERCY Mission merupakan pertubuhan yang berdaftar sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberi bantuan pendidikan dan kemanusian di seluruh dunia. Pertubuhan ini mempromosikan pendidikan berteraskan islam khususnya buat komuniti islam di seluruh dunia.

 

Baru-baru ini, pengasas merangkap pengerusinya iaitu Tawfeq Chowdhury berkata, organisasi itu sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menubuhkan sebuah universiti di bawah payung Mercy. Anggaran kos pembinaan universiti tersebut adalah berjumlah RM100 milion dan boleh menampung 20,000 orang pelajar pada satu-satu masa. Pembinaan universiti tersebut juga akan dibangunkan di atas tanah seluas 8 hektar. Walau bagaimanapun, lokasi pembinaan universiti itu masih belum didedahkan.

  [caption id="attachment_65751" align="alignnone" width="600"]maxresdefault-1 Tawfeq Chowdhury, pengasas Mercy mission.[/caption]  

Menurut Tawfique, "Kami sudah berbincang dengan KPT dan nampaknya KPT menyokong hasrat ini. Sekarang, kami dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi menjayakan penubuhan universiti ini menjelang 2018," Katanya.

 

Beliau berkata, universiti itu ditubuhkan atas matlamat untuk melahirkan graduan muslim yang memiliki dua ijazah iaitu gabungan antara ijazah pengajian islam dan ijazah pengajian sekular yang lain contohnya Kursus Pengajian Islam dengan Kursus Perubatan atau Kursus Pengajian Islam dengan Kursus Undang-Undang selepas mereka menamatkan pengajian.

 

"Saya rasa ia merupakan cara terbaik untuk mendidik pelajar tentang Islam kerana selain memiliki pencapaian akademik yang cemerlang, universiti ini dapat melahirkan individu muslim yang baik," katanya berharap universiti itu dapat menghasilkan golongan ulama professional kelak.

 

Beliau juga turut memaklumkan, bakal pelajar di universiti itu nanti terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah atau institut yang sudah dikenal pasti oleh Mercy. Antaranya adalah sekolah di bawah kelolaan organisasi dan institut pendidikan seperti AlKauthar dan Seven Skies International School (SSI) yang terletak di Malaysia.

  [caption id="attachment_65755" align="alignnone" width="600"]ak-1 Tawfique memberi ceramah kepada pelajar AlKauthar.[/caption]   [caption id="attachment_65756" align="alignnone" width="600"]ssifrontpageschool Pelajar yang belajar di Seven Skies International School antara yang bakal menjadi penuntut universiti Mercy.[/caption]  

Ditanya mengenai kokurikulum pengajian, Tawfique berkata, "Universiti tersebut akan mengikut standard kokurikulum berdasarkan kelayakan di Malaysia dan pada masa yang sama menggabungkan  pengajian islam dan pendidikan sekular yang lain," katanya.

 

"Bagi kokurikulum pengajian islam, ianya tetap berlandaskan kepada Mazhab Fiqh  yang sama iaitu mazhab Shafie di Malaysia. Penubuhan universiti ini adalah bermatlamat untuk membangkitkan kesedaran agama dalam kalangan muslim di negara ini dan bukan untuk membezakan fahaman mengikut fiqh. Jadi kami percaya, untuk membangunkan dan mengukuhkan hubungan sesama ummah, hanya pendidikan sahaja yang dilihat berjaya merealisasikan hasrat ini" ujarnya.

 

Bagi menjayakan hasrat murni itu, pihak Mercy sudah mula mencari dana untuk menampung kos pembinaan universiti itu. Maka, bagi individu atau organisasi yang berminat untuk untuk menyumbang, mereka boleh melayari laman rasmi mercymission.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berhubung terus dengan pihak Mercy Malaysia.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail