Langkah Permohonan Menduduki Semula SPM Ulangan untuk Semua Subjek

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 04:52 am

Sebelum ini kami telah kongsikan langkah mengambil semula SPM ulangan dalam bentuk soal jawab, tetapi ramai yang masih keliru. Sebelum kami kongsikan langkahnya dengan lebih terperinci, anda perlu tahu keperluan untuk mengulang semula. Maklumlah untuk mengulang ini perlukan wang dan menuntut masa untuk mengulang kaji semula subjek yang ingin diambil. Ada beberapa sebab pelajar mahu mengulang, tidak kira apa jua alasan anda sekalipun, pastikan berbaloi dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Takut akhirnya nanti, jadi tahi ayam candu sahaja. 

 

 

LANGKAH PENDAFTARAN SPM ULANGAN

  1. Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM)”. Klik “Daftar Calon Mengulang” untuk mendaftarkan diri sebagai calon mengulang SPM.
  2.  Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan nombor kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan.
  3. Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
  4. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus calon memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
  5. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan. Kemudian, klik teruskan.
  6. Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
  7. Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
  8. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses

 

 

PERINGATAN

  • Daftar permohonan pendaftaran sebagai calon mengulang SPM. Sila rujuk panduan memohon pendaftaran bagi calon mengulang SPM dengan KLIK DISINI
  • Sila rujuk panduan bayaran perbankan elektronik semasa permohonan pendaftaran disini.
  • Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.
  • Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  • Membuat permohonan pendaftaran SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 17/05/2021 sehingga 18/06/2021.
  • Bayaran bagi permohonan pendaftaran SPM hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
  • Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:
    • Salinan Kenyataan Semakan;
    • Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
    • 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
  • Kegagalan calon mengemukakan dokumen di perkara 5, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)
  • Membuat semakan permohonan pendaftaran SPM di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPM mulai 18/07/2021.
  • Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama-sama maklumat peribadi ke pusat peperiksaan semasa hari peperiksaan dijalankan.
  • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 19/06/2021 sehingga 16/07/2021.
  • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 17/05/2021 sehingga 16/07/2021.
  • Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri tempat calon memilih untuk menduduki peperiksaan.
  • Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

 

TARIKH PENTING SPM ULANGAN

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail