Kualiti Graduan di Malaysia Setaraf dengan Pelajar Sekolah Menengah Denmark yang Tercicir- Profesor Harvard Universiti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 20, 2017, 08:17 pm

Makluman penting : Prof Lant Pritchett menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa beliau melabel graduan universiti Malaysia setaraf pelajar sekolah menengah di Denmark. Free Malaysia Today (FMT) yang bertanggungjawab melaporkan mengenai perkara ini telah memohon maaf atas kesilapan tersebut. Anda boleh klik di sini untuk baca permohonan maaf itu. Kami juga turut memuat naik artikel untuk membersihkan nama Prof Lant. Klik di sini untuk membacanya. Sekian terima kasih.

 

Lant-Pritchett_pelajar_6001

 

Merujuk kepada kenyataan terbuka yang dilontarkan oleh Profesor di Harvard University itu ketika menghadiri forum Dasar Awam Asia 2017 di Subang Jaya, sungguh ianya menusuk kalbu. Betul ke graduan universiti di Malaysia setaraf pelajar sekolah menengah di negara Denmark yang tercicir dalam pembelajaran?. Adakah anda bersetuju dengan pandangan ini?.

 

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengulas mengenai perkara ini berkata, pandangan daripada Prof Harvard itu adalah suatu penghinaan kepada graduan universiti di negara ini. Mahdzir menyelar Prof Lant sebagai "kurang cerdik" kerana mengemukakan pandangan tanpa membuat kajian yang mendalam mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang berasaskan sistem di negara maju.

 

mahdzir khalid, AS BM

 

Mahdzir berkata "Universiti-universiti kita ada pencapaian, ada kisah kejayaan yang boleh dibanggakan. Takkanlah penghargaan diberi oleh badan-badan antarabangsa terhadap graduan kita itu palsu semata-mata. Jika dia membuat kenyataan itu setelah mengeluarkan kajian mendalam, melalui proses pensampelan yang boleh dipercayai, mungkin kita boleh terima, tapi ini tidak," ulas Mahdzir ketika merasmikan penutupan program Klinik Penyayang Percuma bersama Persatuan Gerak Medikal Alor Setar.

 

Isu hangat ini timbul apabila, Lant Pritchett, Profesor dalam bidang Practice of International Development di bawah Kennedy School of Government, Harvard University berkata majoriti pelajar sekolah rendah dan menengah di Indonesia dan Malaysia lebih banyak menghafal berbanding memahami subjek yang diajar. Apabila pelajar tamat sekolah rendah dan menengah, mereka melanjutkan pengajian ke peringkat universiti tetapi hakikatnya tiada pemahaman mendalam tentang subjek yang diajar sebelum ini melainkan menghafal, kemudian menduduki peperiksaan, lulus peperiksaan, masuk ke peringkat seterusnya dan rutin yang sama berulang sehingga tamat pengajian tanpa benar-benar master dalam bidang yang dipelajari. Adakah anda termasuk dalam golongan pelajar yang dikatakan oleh Lant ini?.

 

imagesAS BM

 

Sementara itu, Michael Woolcock pula berkata, sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk pelajar yang datang daripada rakyat kelas bawahan atau mudahnya di kawasan luar bandar yang masih dibelenggu dengan kemiskinan. Ini kerana, sebahagian daripada mereka gagal mengaplikasikan teori dan memahami bahasa Inggeris dengan baik.

  images  

Kata Michael, isu geografi bukanlah menjadi masalah tetapi adalah isu kelas. Jadi, untuk memastikan sistem yang dilaksanakan berkesan, semua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan hasrat tersebut. Beliau berkata sedemikian, hasil daripada kajian penyelidikan di Malaysia yang menunjukkan 51 peratus pelajar daripada kelas bawahan gagal membaca dengan baik dalam bahasa Inggeris. Beliau turut mengambil contoh negara eropah seperti negara Itali dan Iceland. Negara-negara ini mengutamakan bahasa ibunda mereka tetapi masih dalam masa yang sama boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Disamping itu, Michael turut berkata, kajian ini tidak menyalahkan guru-guru yang mengajar pelajar tetapi sistem pendidikan yang gagal berfungsi dengan baik. Kata beliau lagi, sekiranya mahu berubah, peraturan dan pengamalan perlu diubah terlebih dahulu.

  5e3f  

Adakah anda bersetuju dengan pandangan kedua-dua profesor ini?. Sebenarnya ianya bergantung kepada individu sama ada untuk memahami apa yang diajarkan atau sekadar menghafal untuk lulus peperiksaan. Kami yakin dalam kalangan anda ramai yang memahami dulu apa yang diajarkan oleh guru atau pensyarah dan ada yang sebaliknya. Budaya menghafal itu sudah menjadi kebiasaan memandangkan sistem pendidikan negara kita adalah berorientasikan peperiksaan untuk menguji tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar. Pelajar perlu mendapatkan keputusan yang baik untuk belajar ke peringkat pengajian seterusnya.

 

Walau bagaimanapun, kita boleh melihat senario dimana, pelajar yang memahami sepenuhnya apa yang diajarkan, dilihat lebih mudah memperolehi pekerjaan berbanding pelajar yang menghafal selepas tamat pengajian. Sekiranya pelajar yang menghafal ini mendapat pekerjaan, kebiasaanya mereka tidak bekerja dalam bidang yang sama ketika belajar di universiti. Ini kerana mereka gagal mengaplikasi apa yang dipelajari hingga tidak diterima oleh majikan. Oleh itu, semuanya terletak di tangan anda sendiri. Walau apa sekali pun sistem yang digubal ianya tidak akan mengubah apa-apa sekiranya individu itu yang enggan mengubah diri mereka. Jadi apa pandangan ada pula?.Kongsikan dengan kami di ruangan komen!.

 

Bagi anda lepasan SPM/setaraf atau STPM/setaraf yang mahu mengintai tawaran biasiswa terkini yang ditawarkan boleh klik di sini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail