Kini sijil matrikulasi boleh digunakan untuk memohon kerja

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 08, 2016, 11:39 am

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan semua lulusan matrikulasinya akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi bagi membolehkan mereka memohon pekerjaan di perkhidmatan awam dan swasta seperti dinikmati pelajar tingkatan enam.KMK-600x400 Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu adalah sebagai memberi pengikhtirafan kepada lulusan matrikulasi. "Setelah mengambil kira pelbagai kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar program matrikulasi, kini tiba masanya kementerian memperluaskan pengiktirafannya. "Dengan sijil berkenaan ia akan memberi pilihan kepada pelajar sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke universiti atau bekerja di sektor awam mahupun swasta," katanya selepas mengadakan lawatan ke Kolej Matrikulasi Kedah di sini hari ini. --Utusan Segala maklumat tentang matrikulasi, layari di sini. AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail