Ketahui Universiti Yang Sediakan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Kesihatan Selepas Tamat Belajar

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 08, 2020, 08:14 am

Ditawarkan pekerjaan selepas tamat belajar sangat penting. Pengangguran pula seakan mimpi ngeri kepada pelajar malah ibu bapa. Ramai juga yang beranggapan kenapa hendak sambung belajar, sedangkan lepas tamat belajar tetap menganggur. Ibu bapa masih perlu menanggung segala makan minum. Jadi sila buat pilihan yang bijak dengan melanjutkan pengajian di universiti yang menawarkan peluang pekerjaan.

 

Universiti mana yang biasanya tawarkan peluang pekerjaan?. Semestinya bukan universiti awam, hanya universiti swasta sahaja yang menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar mereka terutamanya pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pengajian. Pelajar cemerlang ini bukan setakat ditawarkan kerja malah kos pengajian pun ditanggung sepenuhnya. Kerja dapat, hutang belajar pun zero.

 

 

Universiti yang dimaksudkan itu adalah Ramsay Sime Darby Healthcare College. Kenapa kami katakan mereka ini menawarkan kerja sebaik tamat pengajian?. Buktinya adalah mereka menawarkan kursus pengajian berkaitan perubatan dan mempunyai pusat perubatan kesihatan sendiri. Segala latihan, pengalaman sebenar dunia pekerjaan dirasai oleh pelajar secara langsung. Malah, tujuan penubuhan Sime Darby College juga adalah untuk membekalkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menampung jumlah pesakit yang memerlukan perkhidmatan kesihatan terbaik. Berikut kami kongsikan senarai 6 buah hospital dan pusat perubatan yang dimiliki oleh Sime Darby seterusnya bakal menawarkan pekerjaan sekiranya anda melanjutkan pengajian dalam mana-mana kursus pengajian berkaitan kesihatan dan perubatan di Sime Darby Healthcare College kelak. 

 

 

Pusat Perubatan Subang Jaya - SJMC

Pusat Perubatan Subang Jaya menfokuskan kepada perubatan penyakit kanser, darah dan ubat dalaman. SJMC juga merupakan rumah kepada perkhidmatan Mediplex yang memenuhi kesejahteraan pesakit secara berterusan. Pusat Perubatan Subang Jaya juga adalah hospital swasta  beriktiraf antarabangsa dengan memperolehi pengiktirafan secara meluas dalam menyediakan perkhidmatan klinikal. Kemudahan canggih ini memberikan penjagaan pesakit yang cemerlang menggunakan teknologi perubatan yang paling inovatif. Komitmen mereka terhadap amalan perubatan menjadikan SJMC salah sebuah hospital Malaysia yang paling dipercayai, dan pemenang dua kali Anugerah Kualiti Perdana Perdana yang sememangnya menjadi buruan hospital-hospital swasta di negara ini.

 

 

Pusat Perubatan Ara Damansara - ADMC

Pusat Perubatan Ara Damansara menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia untuk pesakit yang menghadapi masalah kesihatan berkaitan neurologi, perkhidmatan ortopedik dan kardiologi. Pusat Perubatan ini merupakan sebuah hospital multidisiplin swasta yang memenangi anugerah di Selangor. Di ADMC, mereka menawarkan kemudahan yang disediakan secara rapi bersama penjagaan klinikal yang komprehensif untuk memastikan ke semua pesakit mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik dan sembuh seperti sedia kala. 

 

 

Pusat Perubatan ParkCity - PMC

Parkcity Medical adalah pusat kesihatan untuk wanita, kanak-kanak dan orang tua. Pesakit di pusat perubatan ini dirawat oleh pakar-pakar perubatan terlatih untuk memastikan golongan ini mendapat perkhidmatan kesihatan di tahap yang terbaik. Selain pusat perubatan di Malaysia, anda juga berpeluang untuk ditawarkan bekerja di luar negara, berikut adalah 3 lagi buah pusat kesihatan yang terletak di Indonesia iaitu Ramsay Simedarby Premier Bintaro - RSPB, Ramsay Simedarby Premier Jatinegara - RSPJ dan Ramsay Simedarby Premier Surabaya - RSPS.

 

 

Ramsay Simedarby Premier Bintaro - RSPB

RS Premier Bintaro memulakan operasi pada 12 Oktober 1998 di Bintaro Jaya,  mengkhususkan dalam perkhidmatan ortopedik. Di hospital ini, terdapat ramai pakar dari bidang yang berkaitan untuk menangani pelbagai masalah tulang belakang pesakit. Ia mula beroperasi pada 12 Oktober 1998 di bawah nama International Hospital Bintaro dan pada 12 Ogos 2010 International RS Bintaro dinamakan semula sebagai RS PREMIER BINTARO. Perubahan nama hospital telah dilakukan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berlaku di Hospital Kelas Dunia Indonesia. RS Premier Bintaro adalah sebahagian daripada Ramsay Health Care Group, kumpulan hospital swasta terbesar di Australia dan mempunyai lebih dari 100 hospital dan kemudahan pembedahan harian di Australia, Britain, Perancis dan Indonesia.

 

 

Ramsay Simedarby Premier Jatinegara - RSPJ

RS Premier Jatinegara, dahulunya RS Mitra International, adalah pusat rujukan perawatan kesihatan. Ia merupakan hospital swasta terkemuka di Jakarta Timur, terkenal sebagai pusat sehenti untuk konsultasi, pemeriksaan, prosedur pembedahan dan perkhidmatan pesakit. Hospital Jatinegara secara rasmi menggantikan nama RS Mitra Antarabangsa bermula dari 12 Ogos 2010. Beroperasi sejak 25 Mac 1989, Hospital Premier Jatinegara merupakan salah satu hospital swasta terkemuka di Jakarta Timur dengan kelebihan yang besar, termasuk komitmen terhadap kualiti, kemudahan akses, kualiti perkhidmatan, dan pelbagai perkhidmatan pakar dan peralatan sokongan perubatan.

 

 

Ramsay Simedarby Premier Surabaya - RSPS

Terletak di Jawa Timur, RS Premier Surabaya percaya kepada sumber daya manusia yang berkualiti, dengan pakar yang diakui oleh Jawatankuasa Penasihat Perubatan, staf kejururawatan yang ramah dan penekanan untuk melatih semua kakitangan untuk mempromosikan kualiti perkhidmatan.Sebagai sebahagian daripada Ramsay Health Care Australia, ibu pejabat Hospital Premier Surabaya adalah Ramsay Health Care Indonesia di Jakarta, yang juga memiliki dua hospital lain; Hospital Premier Jatinegara dan Hospital Premier Bintaro. Premier Surabaya Hospital adalah perkhidmatan kesihatan moden dan kemudahan perubatan untuk masyarakat Surabaya dan sekitarnya, di bawah pengurusan Ramsay Health Care Australia dan sebagai komitmen bersama dari kepakaran Indonesia dan Australia dalam Hospitaliti. Hospital Surabaya Perdana mula beroperasi pada bulan Mac 1998.

 

 

Jadi kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan, pilihlah institusi yang menyediakan peluang pekerjaan selepas tamat belajar. Jika tidak, anda akan termasuk dalam golongan mereka yang menganggur. Untuk yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Ramsay Simedarby Health College berkaitan senarai kursus pengajian yang ditawarkan, syarat kelayakan, tempoh pengajian, yuran pengajian, cara untuk memohon dan sebagainya, boleh KLIK DISINI. Tetapi sekiranya anda masih keliru, kursus apa yang sesuai dengan kelayakan akademik, minat dan sebagainya boleh terus mendapat khidmat nasihat PERCUMA daripada kaunselor dengan KLIK DISINI dan klik ENQUIRE NOW di halaman akhir.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail