5 Subjek Wajib Skor SPM Mengikut Aliran Sains & Sastera

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 08:43 am

Peperiksaan SPM pada tahun ini dilihat mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Untuk pelajar SPM batch 2020, peperiksaan akan bermula pada 22 FEBRUARI - 25 MAC 2021. Bermaksud tinggal hanya sebulan sahaja lagi untuk membuat persediaan. Bagi menyemak jadual penuh peperiksaan SPM 2020 boleh klik : JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2020

 

Kami  juga ingin berkongsi E-book SOALAN RAMALAN SPM yang boleh di download secara PERCUMA. Terdapat 10 subjek penting SPM yang terdiri daripada soalan dan jawapan. Untuk makluman, E-book ini digubal oleh guru-guru pakar pengubal soalan SPM yang berpengalaman lebih 20 tahun. 80% pelajar SPM pada tahun-tahun sebelumnya telah memuat turun e-book ini dan soalan ramalan yang dikongsikan kebanyakkan keluar dalam peperiksaan sebenar. 

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk muat turun secara PERCUMA. Masa yang singkat ini, bukanlah masa untuk membuka buku rujukan tetapi perbanyakkan menjawab pelbagai bentuk soalan bagi memudahkan anda menjawab soalan dalam peperiksaan kelak. Untuk download, boleh klik : SOALAN RAMALAN SPM.

 

 

Berbalik kepada tajuk artikel ini, ramai pelajar SPM sebelum ini berjaya memperoleh keputusan SPM yang baik. Walau bagaimanapun, majoriti daripada mereka gagal dalam permohonan ke universiti awam dan dalam kursus pilihan. Kenapa perkara ini boleh berlaku?. Puncanya adalah subjek yang berjaya skor cemerlang bukanlah subjek penting dalam kiraan markah merit kelayakan masuk ke universiti. Sila klik artikel perkongsian KAEDAH MERITOKRASI DALAM PEMILIHAN KE UNIVERSITI yang mendedahkan bagaimana pihak universiti menyaring permohonan pelajar ke universiti masing-masing.

 

Oleh itu, bagi pelajar aliran sains sila beri penekanan kepada 5 subjek penting aliran sains iaitu :

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.

 

Manakala aliran sastera, sila fokuskan kepada 5 subjek berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

 

Anda wajib skor gred cemerlang dalam ke semua subjek-subjek diatas mengikut aliran masing-masing. Ini bagi memastikan laluan mudah untuk masuk ke mana-mana kursus pengajian di universiti pilihan kelak. Walau bagaimanapun, kami tidak katakan subjek-subjek lain tidak penting, tetapi sekiranya hendak berjaya ke universiti dalam kursus pengajian pilihan, sila beri fokus kepada subjek yang dikongsikan.

 

MAKLUMAN  PENTING :

Kepada pemohon UPU 2021/2022, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPU 2021/2022 mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

ARTIKEL BERKAITAN

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail