Fakta Kenapa Pelajar Lelaki Pupus di Universiti yang Wajib Anda Tahu?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 12:48 pm

Benarkah fakta bahawa pelajar lelaki di universiti semakin berkurang?. Setiap kali bermulanya semester baharu, kebanyakan pensyarah akan bertanya ke mana semua pelajar lelaki sebab majoritinya pelajar perempuan. Pelajar perempuan pula dengan nakalnya menjawab, ramai lelaki di Pusat Serenti. Adakah benar gurauan pelajar perempuan itu atau ada sebab lain?. 

 

Menurut Laporan Statistik Pendidikan Tinggi 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, jumlah pelajar lelaki yang mendaftar masuk ke Universiti Awam (UA) adalah seramai 205,067 orang (38%) manakala pelajar perempuan, 333,488 (62%). Di IPTS pula, pelajar lelaki seramai 272,028 (48%) dan perempuan 293,824 (52%). Jurang di IPTS tidaklah begitu ketara berbanding di UA. Mahu penat pelajar perempuan di UA hendak mencari jodoh. Takut terkenan jodoh rakan baik pula kan. Apakah punca yang menyebabkan pelajar perempuan lebih ramai melanjutkan pengajian ke UA berbanding pelajar lelaki?. Semak fakta sebenar disebalik kekurangan pelajar lelaki di IPT termasuk UA dan IPTS. 

 

 

 

# Lelaki lebih kepada hands-on

Majoriti pelajar lelaki lebih berminat kepada kaedah pembelajaran hands on. Sistem pendidikan negara yang lebih berorientasikan peperiksaan memerlukan individu yang tekun membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks bagi membuktikan bahawa mereka menguasai ilmu yang diajarkan. Bagi majoriti pelajar lelaki, mereka tidak suka dengan cara pembelajaran seperti itu. Disebabkan itulah, majoriti kaum lelaki lebih memilih untuk melanjutkan pengajian ke institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya yang lebih berorientasikan pembelajaran hands on. Buktinya?. Boleh rujuk statistik enrolmen pelajar yang mengikuti pengajian vokasional atau teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti dibawah. Pelajar lelaki lebih ramai berbanding pelajar perempuan. 

 

 

# Tanggungjawab lelaki lebih besar

Majoriti kaum lelaki tanggungjawab mereka kepada keluarga lebih besar berbanding kaum wanita. Ada yang terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian. Kudrat kejantanan mereka diperlukan. Bila berkahwin pun, dalam islam lelaki bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum, nafkah dan sebagainya untuk keperluan isteri dan keluarga. Jadi, kaum lelaki ni ibarat macam berkorban la untuk kaum perempuan. 

 

 

Jika mereka menyambung pengajian sekalipun, benda paling penting yang menjadi keutamaan adalah kursus pengajian yang diambil dan potensinya di masa depan. Senang dapat kerja ke sebaliknya. Jika ditawarkan ke kursus yang sukar mendapat kerja, mereka takkan membuang masa kerana tanggungan yang menunggu selepas tamat belajar. Kebanyakkan juga memilih ke IPTS kerana kursus yang ditawarkan lebih menjurus kepada keperluan industri berbanding di UA. Walaupun yuran agak mahal berbanding UA, tetapi ianya lebih berbaloi jika mudah mendapat kerja berbanding tiada pekerjaan selepas tamat belajar. Bagi yang tidak berminat sambung belajar, tamat SPM terus memohon kerja di kilang semata-mata untuk mencari duit menampung keperluan keluarga atau mengumpul duit untuk persediaan masa depan. Tagline sekarang, tak ada rupa no hal bro, asalkan poket tebal kan?.

 

 

Berbanding kaum wanita, pendidikan dilihat perlu untuk mengelak diri ditipu dan boleh berdikari tanpa bergantung kepada keluarga lagi. Kalau katakan seorang wanita itu gagal mendapat pekerjaan selepas tamat belajar kemudian berkahwin, suami yang akan bertanggungjawab terhadap mereka dan ada diantaranya belajar tinggi-tinggi tetapi memilih untuk menjadi suri rumah. Tiada siapa yang akan persoalkan keputusan mereka selagi mana mereka tidak menyusahkan keluarga atau orang lain. Bukan bermaksud menjadi suri rumah itu salah, tetapi hendak katakan disini bahawa tanggungjawab lelaki lebih besar, itulah salah satu sebab tidak ramai mereka di universiti. Jangan emo sangat boleh tak kaum perempuan?.

 

# Penggunaan sistem meritokrasi berbanding kuota

Jika dahulu pengambilan kemasukan pelajar ke universiti ditentukan oleh sistem kuota sebelum digantikan dengan sistem meritokrasi. Sistem pendidikan negara kita yang lebih kepada teori, peperiksaan berbanding praktikal menyebabkan kaum wanita lebih mendominasi. Maka, tidak hairanlah jika ramai dalam kalangan mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pengajian ke universiti berdasarkan kiraan merit. 

 

 

Dahulu, penggunaan kuota dilihat telah menyeimbangkan jumlah kemasukan pelajar lelaki dan perempuan dalam sesuatu kursus pengajian seperti pendidikan. Walau bagaimanapun, adalah tidak adil jika sistem kuota ini diteruskan atas alasan untuk mengurangkan jurang sekaligus bakal mengorbankan aspek kualiti serta minat pelajar. Ianya hanya akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti selain dilihat sebagai salah satu diskriminasi terhadap hak wanita. 

 

Walau apa pun alasannya timbul kebimbangan sekiranya trend pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki ini terus berterusan dan bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi status sosial. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku. Suka atau sebaliknya, pada masa depan, wanita yang berkerjaya tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf kerjayanya termasuk mereka yang tidak bekerja. 

 

 

Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Perbezaan status sosial ini juga mungkin akan meningkatkan bilangan wanita yang berjawatan tinggi tetapi memilih untuk kekal bujang kerana tidak bertemu dengan lelaki yang setaraf atau lelaki terlalu ego untuk menerima mereka. Fenomena ini telah pun berlaku. Jadi apa penyelesaiannya?. Mungkin kerajaan baru perlu fikirkan kesan jangka panjang atau memperkenalkan lebih banyak kursus teknikal dan vokasional di universiti. Jadi kaum lelaki dan wanita, apa pendapat anda?, sebarang pandangan sangat dialu-alukan. Kepada yang ingin mendapatkan info terkini hala tuju pendidikan boleh layari laman rasmi afterschool bahagian berita

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail