Kementerian Pendidikan akan Distrukturkan Semula bagi Memberi Lebih Autoriti kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah- Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan.

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 11, 2017, 06:46 pm

Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk menstrukturkan semula peranan kementerian itu dengan memberi lebih autoriti kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam membuat sebarang keputusan, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 

putrajaya_malaysia_ministry-of-education-03

 

Beliau berkata, cadangan tersbeut telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 14 Dis lalu. Penstrukturan yang bermula dari peringkat bahagian kementerian, JPN dan PPD itu akan diputuskan dalam masa yang terdekat setelah urusan waran perjawatan selesai.

 

Kata Mahdzir, kementerian akan mengeluarkan senarai pembahagian kuasa antara  kementerian, JPN dan PPD. Senarai ini bagi memastikan tiadanya masalah birokrasi terutamanya dalam aspek pentadbiran.

 

Menurut beliau, "Sekarang sekolah terbakar pun menteri yang perlu jawab, tulis dari sekolah ke PPD, dari PPD ke JPN, seterusnya ke kementerian dan kementerian akan bermesyuarat, barulah boleh buat keputusan.

 

"Selepas ini tidak perlu lagi. Jika sekolah terbakar, JPN putuskan peruntukan yang diperlukan untuk kerja membaik pulih dan kementerian akan berikan peruntukan," katanya selepas menyampaikan perutusan tahun baharu 2017 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  [caption id="attachment_66035" align="alignnone" width="600"]utusmahzir Datuk Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2017 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[/caption]  

Menjelas lanjut, Mahdzir berkata inisiatif itu bertujuan mengagihkan perjawatan daripada kementerian kepada JPN dan PPD serta membangun dan memperkasa daya kepimpinan bagi 150 hingga 200 jawatan kepimpinan utama di kementerian.

 

"Namun bagi sesetengah perkara, contohnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, itu masih berada di bawah kementerian yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.

 

Sementara itu, dalam perkembangan yang lain mengenai 1BestariNet fasa dua, beliau berkata 8,185 sekolah lagi akan dinaik taraf dengan rangkaian 4G menjelang Jun tahun hadapan. Setakat ini sudah 6,000 sekolah sudah selesai dinaik taraf yang merangkumi fasa satu.

 

"Dalam fasa dua, kementerian memberi keutamaan kepada pembelajaran murid dengan memastikan setiap makmal komputer disediakan capaian 4Mbps (megabit per saat) bagi menampung keperluan 40 murid menggunakan Virtual Learning Environment secara serentak," katanya.

 

1453431639445

 

Selain itu, Mahdzir berkata Pelan Data Individu 2GB yang berteknologi 4G telah diagihkan kepada 317,000 guru di beberapa buah negeri pada Disember tahun lepas. Oleh itu, dengan penstrukturan ini, diharapkan masalah birokrasi di setiap peringkat tidak lagi menjadi isu utama memandangkan pendidikan negara perlu menfokuskan kepada pembangunan pendidikan pelajar bukannya terganggu dengan karenah birokrasi pegawai yang tidak bertanggungjawab.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail