Kementerian gesa kaunselor sekolah ditambah

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 01, 2016, 05:17 pm

Kementerian gesa kaunselor sekolah ditambah: Kes dera dan masalah disiplin meningkat tanda perlu lebih ramai kaunselor sekolah.buli keratan akhbar, Kementerian gesa kaunselor sekolah ditambah Pada masa ini, satu sekolah biasanya memiliki dua guru kaunseling. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ratio yang ideal adalah satu kaunselor bagi 500 pelajar. "Bagi sekolah yang mempunyai lebih 1,500 pelajar sepatutnya mempunyai tiga orang guru kaunselor," katanya. Penambahan kaunselor ini selaras dengan garis panduan baharu pengendalian kes buli dalam kalangan pelajar di semua sekolah di seluruh negara yang akan diedar mulai minggu depan. Melalui garis panduan itu, proses siasatan dan tindakan penyelesaian lebih kepada pengurusan sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri. Pada waktu sama, ibu bapa semua pihak terlibat juga akan dipanggil ke sekolah. buli_moe[1]

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail