Kelebihan & Kelemahan Asasi/Foundation

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 05:39 am

Dalam banyak-banyak laluan yang kami kongsikan, Asasi/Foundation merupakan laluan yang paling berisiko. Namun, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang memohon masuk ke asasi. Mungkin kerana suasana pembelajaran sudah seakan di universiti kerana lokasi pengajian di dalam kampus universiti membuat mereka teruja untuk terus ke asasi. Terdapat 12 buah universiti awam yang menawarkan program pengajian asasi iaitu UKM, UPM, UiTM, UM, UMT, UNISZA, UMS, UUM, UNIMAS, UIAM, USIM, UPNM.

 

 

Ramai yang beranggapan selepas tamat pengajian asasi, mereka boleh terus melanjutkan pengajian di universiti yang sama atau pilihan terbuka untuk memilih mana-mana universiti lain untuk pengajian degree. Walau apapun andaian anda, kami kongsikan kelebihan dan kelemahan laluan asasi/foundation supaya anda tidak tersilap langkah kelak.

    

Secara ringkasnya, jika asasi di universiti awam selain daripada asasi UITM dan UM, anda tidak layak untuk memohon masuk ke mana-mana universiti awam lain untuk pengajian degree. Kenapa tidak boleh memohon?. 

  • Pertama, tiada kategori yang membenarkan anda untuk mengemukakan permohonan melalui UPU kelak. 
  • Kedua, semua universiti awam lain telah meletakkan syarat am hanya menerima lepasan asasi sains daripada UM dan UITM sahaja untuk peringkat pengajian ijazah (degree). Syarat ini turut melibatkan lepasan asasi (foundation) daripada IPTS. 
  • Ketiga, majoriti program pengajian asasi yang ditawarkan di universiti lain adalah feeder kepada program degree. 

 

 

Ini bermaksud, majoriti universiti sudah menyediakan tempat khas untuk lepasan asasi universiti mereka melanjutkan pengajian degree kelak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu yakin kerana pelajar masih perlu memenuhi syarat kelayakan ke pengajian degree walaupun dijamin tempat di universiti yang sama. 

 

Memilih ke asasi bukanlah satu jalan yang salah tetapi masalah akan timbul sekiranya anda ingin memohon ke kursus yang tidak ditawarkan di universiti tersebut atau gagal memenuhi syarat kelayakan program pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Jika situasi ini berlaku, anda hanya ada pilihan untuk sambung degree di IPTS sahaja. Kemudian, jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, barulah bolehlah sambung master atau PhD di universiti awam lain.

 

Jadi untuk masuk ke program asasi tidak menjadi masalah sekiranya anda sudah tahu kursus pengajian degree manakah yang ingin diambil selepas tamat asasi kelak. Bagaimana hendak tahu kursus degree apa yang ditawarkan untuk pengajian asasi yang diambil nanti?. Rujuk perkongsian kami dibawah mengikut universiti dan kursus asasi yang ditawarkan dengan klik pada setiap universiti untuk buat semakan :

 

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

(Klik setiap program asasi yang dipohon dan semak kursus degree yang ditawarkan kelak)

 

Universiti Utara Malaysia (UUM)

(Pelbagai kursus degree yang hanya ditawarkan di UUM boleh dipohon jika memenuhi syarat kelayakan asasi kerana kursus asasi di UUM menjurus kepada kursus umum iaitu asasi dalam pengurusan)

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

(Disebabkan asasipintar UKM adalah aliran sains maka, pelajar boleh memilih ke mana-mana bidang/fakulti yang ditawarkan di UKM sama ada bidang kejuruteraan, perubatan, sains sosial, farmasi dan sebagainya. Klik UKM dan semak setiap fakulti kursus apakah yang ditawarkan untuk lepasan asasipintar UKM)

 

Universiti Putra Malaysia (UPM)

(Jika anda memilih ke asasi UPM anda boleh mohon ke mana-mana kursus pengajian degree di UPM. Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan pengajian asasi UPM termasuklah peluang melanjutkan pengajian degree kelak klik pautan biru UPM diatas)

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

(Klik pada link UiTM di atas dan rujuk pada tab program untuk buat semakan kursus asasi dan fakulti yang boleh dipohon. Walau bagaimanapun, bagi program pengajian asasi UiTM selain asasi undang-udang layak memohon ke mana-mana universiti manakala asasi undang-undang perlu sambung di UiTM)

 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

(Klik UPNM dan semak infografik yang dikongsikan untuk laluan lepasan asasi UPNM bagi pengajian degree di UPNM kelak)

 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Tahmidi/Asasi)

(Klik USIM dan klik setiap kursus asasi yang ditawarkan untuk semak kursus pengajian degree yang boleh dipohon kelak)

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

(Lepasan asasi UMS boleh mohon masuk ke mana-mana bidang yang disenaraikan, boleh buat semakan)

 

Universiti Malaya (UM)

(Asasi sains hayat/fizikal UM boleh memohon ke mana-mana universiti tetapi program asasi persediaan Jepun, pelajar akan melanjutkan pengajian ke universiti di Jepun. Klik setiap program pengajian untuk semak info dengan lebih jelas)

 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

(Semak info berkaitan program pengajian degree yang boleh diambil oleh lepasan asasi UniSZA kelak)

 

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

(Klik pada gambar asasi sains hayat atau asasi sains fizikal untuk semak senarai kursus degree yang boleh dipohon selepas tamat asasi kelak)

 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

(Setiap program asasi yang ditawarkan sudah dikhaskan pilihan kursus degree yang boleh dipohon. Klik UMT untuk semak senarai kursus degree berkenaan)

 

Jadi fikirkanlah sebaiknya dan tentukan dahulu kursus degree yang ingin diambil kelak. Jika tidak ada kursus degree yang anda minat di universiti yang menawarkan program asasi untuk anda nanti, pilih sahaja laluan lain. Ini kerana, anda tidak akan ada pilihan lagi selepas memilih ke kursus asasi berkenaan. Semoga berjaya kami ucapkan!.

 

MAKLUMAN  PENTING :

Kepada pemohon UPU 2020/2021, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPU 2020/2021mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail