SPM guide

PANDUAN & TIP PERMOHONAN UPU 2018/2019

×

Kelebihan & Kelemahan Asasi/Foundation

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 17, 2017, 02:03 pm

Dalam banyak-banyak laluan yang kami kongsikan, Asasi/Foundation merupakan laluan yang paling berisiko. Namun, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang memohon kemasukan ke asasi. Mungkin kerana suasana pembelajaran sudah seakan di universiti kerana lokasi pengajian di dalam kampus universiti membuat mereka teruja untuk terus ke asasi.

 

Selain itu, ramai juga beranggapan selepas tamat pengajian asasi boleh terus sambung belajar disitu dan pilihan terbuka untuk memilih mana-mana universiti lain selepas tamat asasi nanti untuk pengajian degree. Walau apapun andaian anda, kami kongsikan kelebihan dan kelemahan laluan asasi/foundation supaya anda tidak tersilap langkah kelak.

    

Secara ringkasnya, jika asasi di universiti awam selain di UITM dan UM, pelajar tidak layak untuk memohon masuk ke mana-mana universiti awam lain. Ini kerana semua universiti awam lain telah meletakkan syarat am hanya menerima lepasan asasi daripada UM dan UITM sahaja untuk peringkat pengajian ijazah (degree). Ini termasuklah jika, anda lepasan asasi di IPT swasta.

 

 

Pilihan yang adalah hanyalah sambung di universiti yang sama atau sambung pengajian ke IPTS jika tidak berjaya merebut tempat semasa degree atau kursus yang diminati tidak ditawarkan di universiti yang sama. Kemudian bolehlah sambung master atau PhD di universiti awam lain.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini