Kaedah Meritokrasi Tentukan Nasib Pemohon UPU!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 03:20 pm

 

Apa bendanya kaedah meritokrasi  ini?. Kenapa ianya sangat penting sehinggakan nasib pemohon UPU ditentukan olehnya?. Untuk pengetahuan anda, Meritokrasi pada asalnya merujuk kepada satu bentuk dalam sistem politik yang memberi penghargaan atau kedudukan lebih kepada mereka yang menonjolkan prestasi atau berkemampuan dalam satu-satu jabatan tertentu.

 

Sistem ini dianggap sebagai suatu bentuk sistem masyarakat yang sangat adil dengan memberi tempat kepada mereka yang berprestasi untuk duduk sebagai pemimpin. Dalam konteks pemilihan pelajar untuk masuk ke universiti awam, UPU mengaplikasikan sistem ini bagi menentukan siapakah yang lebih layak berdasarkan kepada prestasi mereka. Berikut dikongsikan kenyataan rasmi oleh UPU berkaitan kaedah Meritokrasi yang digunakan ini.

    

"Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam  (UA), IPTA/Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian  (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dan mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya".

 

Selaras dengan hasrat tersebut, bermula pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk memudahkan kiraan merit dibuat semasa permohonan pelajar untuk kemasukan ke universiti awam kelak. Pengredan baru itu diberikan berdasarkan kepada prestasi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Ianya bermula daripada gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru ini menggantikan gred lama yang digunakan sebelum ini iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.

 

Proses Pengiraan Merit

 

Untuk makluman anda, pengiraan markah merit calon oleh UPU melibatkan tiga (3) proses iaitu bermula dengan proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit. Berikut kami kongsikan lebih spesifik setiap proses dalam pengiraan markah merit berkenaan mengikut kategori permohonan.

 

Penentuan Aliran bagi Pemohon SPM/ Setaraf

Proses pertama, UPU menentukan dahulu aliran bagi semua pemohon dengan merujuk kepada empat (4) atau lima (5) mata pelajaran utama seperti berikut :

 

Penentuan Aliran SPM/Setaraf

penentuan aliran spm

 

Penentuan Aliran STPM/Setaraf

penentuan aliran stpm upuBagi pemohon yang tidak tersenarai dalam komponen aliran sains sama ada pemohon di kategori SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf secara automatiknya diklasifikasikan ke aliran sastera. Aliran sastera adalah berdasarkan subjek berikut :

  • Bahasa Malaysia
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pengajian Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ pengetahuan Moral

 

Penyediaan dan Pengiraan Merit

Proses kedua adalah pengiraan merit berdasarkan kepada komponen Markah Akademik yang mewakili 90 % dan baki 10% adalah markah Kokurikulum. Kaedah pengiraan markah merit ini adalah seperti mana yang diterangkan di atas iaitu berdasarkan nilai jumlah gred mata pelajaran. Bagi memudahkan pemahaman anda, kami kongsikan info grafik bagi kedua-dua kategori permohonan seperti dibawah.

 

Pengiraan Merit Pemohon Lepasan SPM/Setaraf

 

pengiraan merit spm upu

 

 

Pengiraan Merit Pemohon Aliran Sains

 
  • 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.
  • 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

 

Contoh Langkah Pengiraan

 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran:

  • Bahasa Melayu A+
  • Bahasa Inggeris A+
  • Pendidikan Islam A+
  • Sejarah A+
  • Matematik A+
  • Matematik Tambahan A
  • Fizik A-
  • Kimia A
  • Biologi A

 

Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):

  • Matematik A+ = 18
  • Matematik Tambahan A = 16
  • Fizik A- = 14
  • Kimia A = 16
  • Biologi A- = 14 JUMLAH 78

 

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil, contohnya:

  • Bahasa Melayu A+ = 18
  • Bahasa Inggeris A+ = 18
  • Pendidikan Islam A+ = 18 JUMLAH 54

 

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

  • Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
  • Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
  • Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
  • Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81

 

Pengiraan Merit Aliran Sastera 

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :  

90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
  • 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

 

Contoh Langkah Pengiraan

 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:

  • Bahasa Melayu (A+)
  • Bahasa Inggeris (A+)
  • Pengetahuan Moral (B+)
  • Sejarah (C+)
  • Matematik (B)
  • Sains (B)
  • Perdagangan (C+)
  • Ekonomi Asas (C)
  • Ekonomi Rumah Tangga (A)

 

Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):

  • Bahasa Melayu A+ = 18
  • Matematik B = 10
  • Sains B = 10
  • Sejarah C+ = 8
  • Pengetahuan Moral B+ = 12

         JUMLAH 58

 

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):

  • Bahasa Inggeris A+ = 18
  • Ekonomi Rumah Tangga A = 16
  • Sejarah C+ = 8 JUMLAH 42

 

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

  • Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
  • Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
  • Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
  • Jumlah Markah Akademik

= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90

= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9

 

Pengiraan Merit Pemohon Lepasan STPM/Setaraf  

Berikut pula, kami kongsikan info grafik konsep pengiraan merit bagi anda pemohon lepasan STPM dan setaraf.

 

pengiraan merit upu stpm

 

Bagi pengiraan Markah Kokurikulum 10% untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf, anda boleh merujuk kepada info grafik yang dikongsikan seperti di bawah :

markah koko upu

 

Penyediaan Susunan Merit

Proses terakhir dalam pengiraan merit adalah menyusun markah merit yang dikira. Walau bagaimanapun akan berlakunya situasi dimana markah merit pemohon adalah sama. Jadi bagaimana kedudukan pemohon akan ditentukan?

   

Usah risau kerana UPU sememangnya sudah ada jalan penyelesaian. Kaedah penyelesaiannya adalah dengan menambah 1 markah bagi  setiap A yang diperolehi. Jumlah A+ yang akan dikira terlebih dahulu seterusnya diikuti oleh elemen lain seperti turutan di bawah.

    

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu adalah kriteria pemilihan pelajar untuk masuk ke universiti awam. Berikut kami kongsikan kriteria berkenaan mengikut kategori permohonan lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf.

 

kriteria pemilihan upu spm

kriteria pemilihan upu stpm

Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian ini, anda mengetahui kaedah yang digunakan oleh UPU untuk menilai kelayakan anda untuk masuk ke universiti. Diharapkan selepas anda diterima belajar kelak, anda tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kerana beribu lagi pemohon yang gagal melanjutkan pengajian hanya disebabkan gagal mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mempunyai prestasi yang tinggi.   Walau bagaimanapun, usah terlalu bimbang sekiranya selepas keluar keputusan nanti, hasil kiraan menunjukkan markah merit rakan anda lebih tinggi berbanding anda. Ini kerana kemungkinan besar mereka akan membuat keputusan permohonan yang kurang bijak. Bagaimana yang dikatakan kurang bijak itu? Klik untuk mengetahui punca gagalnya permohonan UPU dan panduan permohonan UPU serta link permohonan. Jadi, tidak salah sekali sekala berharap ada yang membuat kesilapan dan peluang anda pastinya lebih cerah!.

 

MAKLUMAN  PENTING :

Kepada pemohon UPUonline, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPUonline mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

SEMOGA BERJAYA!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail