Guru sertai YGMB dapat manfaat RM70 ribu dengan yuran RM10

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 21, 2016, 05:07 pm

Guru sertai YGMB dapat manfaat RM70 ribu: Dengan yuran RM10 untuk menyertai Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), para guru dapat menikmati manfaat sehingga RM70,000 dengan menyertai yayasan tersebut.cikgu-1, Guru sertai YGMB dapat manfaat RM70 ribu Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata manfaat itu merupakan 16 produk sumbangan kebajikan ditawarkan kepada anggota yayasan selain khairat kematian, menyambung pengajian peringkat tinggi, melahirkan anak dan bencana. "Sekarang ini kita ada lebih kurang 100,000 ahli daripada 400,000 guru di negara ini. Jadi saya mengharapkan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan guru ini menjadi ahli YGMB. "Sekiranya menjadi ahli, mereka akan mendapat banyak faedah dengan hanya RM10 sebulan melalui potongan gaji. Kalau lebih ramai lagi guru masuk ke dalam YGMB, kita boleh menambah lagi faedah yang boleh diberikan," katanya.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail