Graduan Doktor Falsafah Warga Emas Meningkat 2016! - Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 12:35 pm

phd-7

 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 21 November 2016 yang lalu telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengumumkan jumlah graduan PhD dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas telah meningkat pada tahun 2016.

 

Menurut Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, “Sehingga 21 November 2016, bilangan warga emas yang memperolehi PhD telah meningkat sebanyak 12% dengan menjadikan peratus keseluruhan adalah sebanyak 38% atau 44 orang. Prestasi yang dicatatkan ini adalah lebih baik berbanding pencapaian tahun lalu di mana (2015) jumlah peratusan adalah sebanyak 26% atau seramai 38 orang.

  [caption id="attachment_4135" align="aligncenter" width="727"]KUALA LUMPUR 08 December 2014. Secretary General of Ministry Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (L) during the press conference, look on President of Academy of Sciences Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali. NSTP/Yazit Razali Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi[/caption]  

JUMLAH DOKTOR FALSAFAH UNIVERSITI AWAM & UNIVERSITI SWASTA

Daripada 38% graduan PhD warga emas tersebut, seramai 36 orang adalah daripada Universiti Awam (UA), manakala 8 orang lagi adalah daripada Universiti Swasta. UA yang menjadi pilihan utama warga emas adalah :

 

dmas-uum-1

Universiti Utara Malaysia (UUM)

 

usm_gate

Universiti Sains Malaysia (USM)

 

university-malaya

Universiti Malaya (UM)

 

19221_10945083_10152544424416927_8184596541325271107_o

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

  Manakala, universiti swasta yang menjadi pilihan warga emas adalah:  

oumkuching_01b

Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

 

sa1

Universiti Selangor (UNISEL)

 

malaysia-university-of-science-technology-must

Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST)

 

limkokwing

Universiti Lim kokwing

 

60949361

Universiti Kuala Lumpur

BIDANG PENGAJIAN PILIHAN

Bidang pengajian utama yang menjadi pilihan warga emas adalah :

    1. Bidang Sastera dan Sains Sosial seramai 27 orang
    2. Bidang Pendidikan seramai sembilan (9) orang
    3. Bidang Teknik seramai empat (4) orang
    4. Bidang Pengajian Sains seramai empat (4) orang
 

Menurut Tan Sri Noorul Ainur lagi “Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia yang fleksibel selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 -2025 (Pendidikan Tinggi) yang memberi penumpuan terhadap pembangunan sistem pembelajaran sepanjang hayat serta menyediakan peluang yang lebih luas kepada golongan yang sudah mempunyai pengalaman berkerja untuk terus menimba ilmu” ujarnya.

  zainon-ghazaley-phd   tan-sri-zulhasnan  

Ternyata ke semua graduan warga emas yang bergraduasi pada tahun ini membuktikan bahawa pembelajaran sepanjang hayat itu adalah sesuatu yang tidak mustahil selagi mana ilmu itu sentiasa dijunjung ke liang lahad. Tahniah dan syabas kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail