Geran Penyelidikan di Universiti, Syarikat Swasta, Badan kerajaan, Badan Berkanun Bakal Dikenakan GST Bermula Bulan Hadapan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 10, 2017, 12:48 pm

Berita terhangat yang baru diterima, Geran Penyelidikan di universiti, syarikat swasta, jabatan kerajaan dan badan berkanun bakal dikenakan cukai dibawah Goods and Services Tax (GST). Bukan setakat bajet universiti awam sahaja yang telah dipotong malah geran penyelidikan juga bakal dikenakan GST. Apa sudah jadi?.

 

1470470963217

 

Jabatan Kastam Malaysia dalam kenyataan mereka memaklumkan, pelaksanaan GST ke atas geran penyelidikan akan bermula pada April 2017 ini iaitu selepas kerajaan mengenakan cukai penggunaan sebanyak 6 peratus.

 

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) secara rasminya berkata, kesan pelaksanaan cukai ke atas geran penyelidikan tersebut hanya akan menerima tempias mulai Ogos 2017 berikutan keputusan Kementerian kewangan yang dibuat pada tahun lepas.

 

obmrc-45-pharmacokinetics

 

Menurut Jabatan Kastam lagi, kebanyakkan geran penyelidikan, tidak kira sama ada geran penyelidikan di bawah kerajaan, universiti, syarikat swasta atau badan berkanun, semuanya akan dikenakan GST tetapi mungkin ada di antaranya tidak dikenakan GST jika melibatkan geran penyelidikan antara kementerian dan badan berkanun.

 

Medical-Research

 

"Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Tinggi menyediakan FRGS (Skim Geran Fundamental Penyelidikan) kepada universiti di mana salah satu syarat yang ditetapkan adalah semua hak dan hasil dari penyelidikan tersebut dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Labor_Mitarbeitende

 

"Artinya geran penyelidikan boleh diibaratkan sebagai perkhidmatan penyelidikan oleh universiti kepada KPT. Oleh itu, universiti akan dikenakan cukai ke atas penyelidikan yang dibuat kepada KPT. Walau bagaimanapun, menurut Zulkifli, geran berkenaan bukanlah berada di bawah kategori barang mahupun perkhidmatan, mereka masih mengkaji sama ada geran itu akan diklasifikasikan di bawah kaetgori mana, katanya.

 

Norwegian-Estonian_research_cooperation

 

Walau bagaimanapun,  menurut Timbalan Jabatan Pengarah Kastam, Datuk Zulkifli Yahya, "GST bukan dikenakan ke atas geran penyelidikan tetapi GST dikenakan ke atas bekalan yang diperolehi daripada pemberian, " katanya. Walau apa sekalipun alasannya, tentu sahaja akan merencatkan aktiviti penyelidikan. Ini kerana kemungkinan ramai pihak yang sudah tidak mahu lagi menawarkan geran kepada penyelidik dan kesan negatifnya, tidak akan ada penemuan baru yang memberi manfaat kepada negara kelak.

 

datuk zulkifli

 

Sementara itu,  dalam maklum balas, Persatuan Kongres Akademik Malaysia berkata hampir 6,000 pensyarah, termasuk profesor tidak diperbaharui kontrak mereka sejak tahun lalu berikutan masalah kewangan di universiti-universiti awam. Tetapi KPT dilaporkan menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan sejak 2012, hanya kira-kira 2,000 pensyarah telah bersara, diberhentikan atau kontrak mereka tidak dilanjutkan.

 

slide-Market-Research1

 

Beberapa orang penyelidik juga mengeluh mengenai cukai geran penyelidikan yang mana menambah masalah yang sedia ada. Ini kerana, para penyelidik kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana dan ditambah pula dengan cukai GST yang dikenakan. Semakin kuranglah dana yang akan diperolehi untuk penyelidikan atau mungkin tiada pihak yang berminat untuk melabur dana bagi tujuan penyelidikan.

 

yourstory-dr-reddy-labs

 

Untuk pengetahuan anda, membudayakan aktiviti penyelidikan bakal mempercepatkan negara ke arah mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Melalui penyelidikan inilah akan wujudnya perkara-perkara baru yang sangat memberi manfaat kepada negara selain mengharumkan nama negara di mata dunia. Di negara luar terutamanya negara maju, kerajaan memberikan galakan yang sepenuhnya tanpa ada sebarang bentuk halangan yang merencatkan aktiviti penyelidikan. Di Malaysia bagaimana pula?. Apa pendapat anda wahai masyarakat yang bijak pandai?.

 
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail