Format PBS dalam PT3 Bakal Dilaksanakan untuk Gantikan UPSR Bermula Pada Tahun Hadapan- Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 31, 2016, 11:41 am

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal digantikan dengan format Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Format PBS ini akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun. Buat masa ini, kementerian memutuskan untuk membuat satu kajian menerusi pejabat pendidikan daerah untuk mengumpul maklumat sebelum melaksanakannya pada tahun hadapan.

  [caption id="attachment_65719" align="alignnone" width="600"]mahdzir_khalid_250815_tminazirsufari_07 Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid[/caption]  

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, satu kajian yang akan diadakan melalui pejabat pendidikan daerah di setiap negeri ini akan mengambil kira segala pandangan serta maklum balas dari semua pihak termasuk warga pendidik  dan ibu bapa mengenai format baharu itu. Kajian menerusi siri rundingan itu dijangka mengambil tempoh selama enam bulan. Selepas itu, segala keputusan akan diputuskan hasil daripada siri rundingan selepas mendapat persetujuan dari semua pihak.

 

Jelas Mahdzir, perlaksanaan PBS ini katanya akan mengurangkan beban murid kerana kejayaan tidak lagi diukurkan berdasarkan jumlah “A” dalam peperiksaan semata-mata. Format PBS ini telah pun digunakan dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang sebelum ini menggantikan Pencapaian Menengah Rendah (PMR). Beliau juga turut berpandangan format yang sama harus digunakan untuk menggantikan UPSR kerana apa yang dinilai di sekolah bukan sekadar bergantung kepada keputusan akademik semata-mata.

 

upsr_2014_090914_tminazirsufari_02

 

"Sekarang ini, penilaian yang dibuat berasaskan pada jumlah "A", 5A atau 6A, itulah penilaian kepada kejayaan murid tetapi sebenarnya penilaian itu merangkumi dua perkara lagi iaitu penilaian dari segi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan sikometeik," ujarnya. Jelasnya, penilaian yang lengkap terhadap prestasi seseorang pelajar seharusnya meliputi keseluruhan aspek termasuk akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah diri yang baik.

 

Mahdzir berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan program kembali ke sekolah Parlimen Parit Sulong anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Batu Pahat pada Jumaat.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail