Elaun Sara Hidup Pelajar PISMP, Institut Pendidikan Guru (IPG) Dimansuhkan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 17, 2017, 10:33 am

HEBAHAN TERKINI : Elaun sara hidup PISMP dibayar semula, kenyataan penuh KPM KLIK DISINI.

 

Seperti mana yang dijanjikan, anda boleh merujuk kepada kenyataan dibawah. Pihak KPM telah menstrukturkan semula jumlah pembiayaan kepada pelajar IPG. Diharap bertabahlah ye. "Welcome to our club", kata pelajar universiti yang lain.

 

 

 

Walau apa sekalipun, diharapkan tidak berkuranglah permohonan kemasukan ke IPG. Walapun terpaksa menampung elaun sara hidup tetapi masih dikira beruntung kerana penginapan dan yuran pengajian ditanggung sepenuhnya selain tamat pengajian pekerjaan sudah tersedia. Jadi carilah alternatif lain untuk menampung pengajian masing-masing sekiranya tidak mahu membuat pinjaman PTPTN. Maklumlah, tiada bantuan biasiswa untuk pelajar IPG. Boleh ajar tuisyen sambilan misalnya!. Terpulang pada kesungguhan masing-masing. Walau apa pun teruskan berusaha dan semoga berjaya!. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail