Elaun Sara Hidup Pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru Dibayar Semula

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 24, 2019, 08:04 am

Dibawah kerajaan terdahulu elaun sara hidup pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah dimansuhkan. Kerajaan terdahulu membuat keputusan untuk menanggung yuran pengajian sepanjang 4 tahun sahaja manakala elaun sara hidup perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. KLIK DISINI untuk baca kenyataan berkenaan.

 

Semalam, 23 Februari 2019 melalui kenyataan rasmi di laman KPM telah memaklumkan, elaun sara hidup untuk pelajar PISMP diteruskan semula. Berikut adalah kenyataannya :

 

 

Jadi kepada pelajar PISMP, bersyukurlah dengan keputusan ini kerana anda tidak perlu lagi memikirkan cara untuk menampung sara hidup sepanjang 4 tahun pengajian berbanding rakan lain di universiti. Diharapkan apabila tamat pengajian kelak, berbakti dengan seikhlasnya untuk membantu melahirkan generasi terbaik di masa hadapan.

 

Kepada lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru di sekolah rendah, bolehlah mengemukakan permohonan ke IPG yang akan dibuka sekitar bulan Mac nanti. Info mengenai IPG, syarat kelayakan dan sebagainya, klik Info kemasukan ke IPG. 

 

Jika anda berminat menjadi guru di sekolah menengah pula, anda perlu memohon ke peringkat pra universiti sama ada di matrikulasi, STPM, diploma, asasi terlebih dahulu. Tamat pra universiti, mohon ke kursus degree pendidikan di universiti awam seperti di UPSI, UM, UKM dan sebagainya. Tetapi suka diingatkan kursus pendidikan di universiti selain IPG adalah open market iaitu tiada jaminan kerja sebagai guru di bawah KPM selepas menamatkan pengajian. Pilihan ditangan anda, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan sendiri. Untuk info 9 cara menjadi guru, boleh baca perkongsian kami dengan KLIK DISINI.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail