Bagaimana saya boleh dapatkan pembiayaan daripada PTPTN?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 07, 2016, 02:11 pm

Nak dapat PTPTN memang semudah mengira 1, 2, 3!
PTPTN loan - money out of the computer screen online
Jika anda telah buat keputusan untuk memohon PTPTN, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil dan dokumen yang perlu disediakan:

Bila saya boleh mohon PTPTN?

PTPTN when - calendar
Setiap institut (kerajaan dan swasta) ada tarikh yang ditetapkan masing-masing untuk menerima permohonan dalam talian.

Bagaimana saya boleh dapatkan pembiayaan daripada PTPTN?

PTPTN loan - money book hand ring
  • Pastikan anda memenuhi semua syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan oleh PTPTN.
  • Buka akaun bank yang ditetapkan oleh PTPTN. Lihat senarai bank-bank untuk pelajar institusi awam dan pelajar institusi swasta.
  • Beli nombor PTPTN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Daftar dan mohon secara dalam talian (cetak permohonan dalam talian).
  • Kemukakan dokumen sokongan kepada pegawai PTPTN kolej / universiti anda.
Semak sampel rasmi mengenai cara mengisi borang yang disediakan oleh PTPTN di sini (fail pdf).

Apakah jenis dokumen yang perlu saya hantar?

PTPTN loan - money computer keyboard mouse registration online Untuk memohon, calon yang layak perlu menghantar dokumen sokongan kepada pegawai PTPTN kolej / universiti anda. Salinan mestilah bersaiz A4.
  • 1 salinan surat tawaran +kolej / universiti
  • 2 salinan perjanjian PTPTN dan surat tawaran (cetak di laman web PTPTN)
  • 1 salinan borang permohonan pembiayaan (cetak di aplikasi dalam talian, laman web PTPTN)
  • 1 salinan kad pengenalan pelajar
  • 1 salinan sijil SPM
  • 1 salinan sijil pra-universiti dan transkrip (A-level, diploma, asasi, STPM, UEC atau setara)
  • 1 salinan slip gaji ibu bapa (dalam tempoh enam bulan terakhir) atau Borang BE terkini atau surat pengesahan pengangguran bagi suri rumah dan ibu bapa yang telah bersara.
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester kedua dan seterusnya, anda perlu menghantar dokumen tambahan seperti:
  • 1 salinan surat pengesahan bahawa anda masih didaftarkan di kolej / universiti anda.
  • 1 salinan keputusan semua semester sebelumnya.

Bagaimana saya nak dapatkan duit untuk beli tiket kapal terbang, buku, dan lain-lain sebagai persediaan untuk masuk ke universiti?

travel plane airport Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)dengan jumlah RM1,500.00* disediakan untuk penyediaan pelajar sebelum pendaftaran di Universiti Awam dan Politeknik. Untuk menerima WPP, anda akan perlu untuk memenuhi ciri-ciri berikut:
  • Setuju untuk terima WPP melalui UPU Online;
  • Warganegara Malaysia;
  • Telah ditawarkan Diploma atau kursus Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) di IPTA dan Politeknik; dan
  • Tidak pernah menerima WPP.
* Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh PTPTN.

Bagaimana saya nak dapatkan WPP?

PTPTN - student at bank atm WPP dikeluarkan dalam bentuk cek dan sah untuk tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh diterbitkan. PTPTN mengedarkan cek WPP kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik sama ada melalui serahan tangan atau pos ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pendaftaran di Universiti Awam dan Politeknik. Pelajar perlu mengemukakan MyKad mereka sendiri untuk menunaikan cek tersebut pada bank yang ditetapkan (CIMB Bank). Wakil adalah dilarang sama sekali untuk menunaikan cek tersebut. Cek WPP hanya boleh ditunaikan di KAUNTER BANK SAHAJA. AS-PTPTN-600x200-
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail