City University Menawarkan Pakej Bantuan Khas Prihatin Golongan Asnaf & B40 Kepada Bakal Pelajar

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 01, 2021, 02:27 am

Sebagai salah sebuah perintis dalam sektor pendidikan tinggi swasta Malaysia, City University Malaysia (CITYU) tampil memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai warga korporat prihatin dalam mengurangkan bebanan dan kesukaran golongan Asnaf dan B40 dengan menawarkan pakej bantuan khas yang diberi nama Bantuan Prihatin CITYU.

 

Melalui program ini, CITYU akan memberi peluang kepada mereka yang terjejas dalam pengajian tinggi masing-masing akibat pandemik COVID-19 untuk mendaftar dan memulakan pengajian sesi pengambilan Februari 2021 di CITYU tanpa perlu mengeluarkan sebarang yuran pendahuluan. 

 

Langkah Naib Canselor, Prof Dato Dr Seri Mohamed Mustafa Ishak bersama City University Malaysia dalam usaha membantu pelajar kategori Asnaf dan B40

 

Selain daripada pilihan memohon pinjaman PTPTN sehingga 100%, terdapat juga pilihan bantuan-bantuan kewangan yang lain seperti biasiswa oleh CITYU sendiri ataupun bantuan kewangan daripada pihak ketiga seperti MARA, Zakat Selangor, Penang Future Foundation, Malaysia Rubber Council, dan sebagainya, mengikut kelayakan masing-masing.

 

Naib Canselor CITYU, Prof Dato rsquo; Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, ldquo;Kami percaya di saat-saat genting ini, perlaksanaan dasar dan agenda yang terkandung dalam Pelan Pendidikan Nasional yang berlandaskan lima aspirasi, Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan pastinya terkesan. Hanya dengan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta akan dapat membantu menyentap balik hala tuju dasar ini ke titik capai asalnya. 

 

Tambah beliau yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, ldquo;Sebagai entiti pendidikan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan SELIA, salah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan Malaysia terkemuka milik Bumiputera, CITYU sentiasa berpegang teguh kepada aspirasi Kumpulan SELIA untuk memajukan sebuah institusi pendidikan milik Bumiputera yang menetapkan penanda aras baru dalam industri pendidikan tinggi, sejajar dengan aspirasi Dasar Pendidikan Negara.

 

ldquo;Oleh itu, adalah niat kami melalui tawaran Bantuan Prihatin PKP CITYU ini untuk menghulurkan bantuan yang praktikal dan bersesuaian bagi membantu pelajarpelajar yang layak, agar masa depan generasi pelajar lepasan SPM ini tidak terjejas. Selain itu, selaras dengan keinginan kami untuk membuka peluang pengajian tinggi berkualiti kepada rakyat Malaysia, kesemua 68 program kami dari 8 fakulti adalah mampu dijangkau. 

 

Universiti juga memastikan supaya kaedah pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan tidak menghalang kualiti pendidikan pelajar-pelajar. Justeru itu, bagi mereka yang layak, CITYU turut menawarkan bantuan komputer riba percuma supaya mereka dapat mengikuti kelas dalam talian sebagai satu norma baru pandemik.

 

Keprihatinan City University Malaysia terhadap golongan Asnaf dan B40 wajar dipuji

 

Kata beliau lagi, disebabkan kebanyakan program CITYU boleh dilaksanakan secara dalam talian, ia juga boleh dibuat secara separuh masa. Kerjasama erat dengan industri yang sedia terjalin dengan lebih 50 rakan strategik dari pelbagai bidang dan industri akan dimanfaatkan bagi membolehkan pelajar kami mendapat penempatan latihan industri atau bekerja sambilan. 

 

Pendedahan ini boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan pengalaman kerja yang relevan. Bantuan Prihatin PKP ini adalah terbuka kepada lepasan SPM dan Diploma yang layak, untuk meneruskan pelajaran mereka bermula dari sekarang sehingga penutupan pengambilan pada 21 Februari 2021. 

 

Untukmaklumat lanjut, sila layari www.city.edu.my/bantuanpkp; atau hubungi talian tetap di +603 7949 1616 atau email [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

 

Tentang City University Malaysia

City University adalah universiti swasta di Selangor, Malaysia yang ditubuhkan pada April 1984 oleh sekumpulan cendekiawan di universiti awam dan luar negara. Program yang ditawarkan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia. City University adalah salah sebuah universiti di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China.

 

Menurut penilaian kerajaan Malaysia SETARA universiti Malaysia pada tahun 2017, CityU dinilai sebagai 4-Bintang atau "Sangat Baik".

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail