Cara Semakan & Permohonan Rayuan untuk Pelajar yang Tidak Pernah Memohon atau Gagal Ditawarkan ke Matrikulasi!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 27, 2017, 11:19 am

Ohoii, gembiranya rasa dalam hati kan bila mendapat tahu berita ini!. Ya anda yang tidak pernah memohon ke matrikulasi pada permohonan sebelum ini, boleh memohon rayuan untuk masuk ke matrikulasi!.

    giphy  

Kenyataan di atas bukannya propa, pihak Afterschool sudah menghubungi bahagian Matrikulasi KPM bagi mengesahkan mengenai perkara tersebut. Inisiatif untuk menghubungi Bahagian Matrikulasi KPM itu kerana kami perihatin dengan kebanyakkan pelajar yang ingin masuk ke Matrikulasi tetapi buntu kerana tidak membuat permohonan sebelum ini. Sebelum kami kongsikan cara permohonan rayuan, eloklah sekiranya kami kongsikan dahulu cara semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi.

  logo kpm no trans  

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI

 

Pelajar boleh mula menyemak keputusan pada pukul 12 tengahari, hari ini. Pelajar boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut:

 
  • Menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan - 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi - 4.30 petang
  • Layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia - www.moe.gov.my
  • SMS dengan menaip MOE (jarak) MAT (jarak) NO. KP dan hantar kepada 15888
 

PERMOHONAN RAYUAN

 

Jika selepas menyemak anda gagal dalam permohonan, jangan bersedih lagi, anda boleh membuat permohonan rayuan yang dibuka bermula pada hari ini 27 April 2017 hingga 11 Mei 2017. Kami kongsikan 3 cara permohonan rayuan bagi anda yang gagal dalam permohonan atau tidak pernah pun memohon sebelum ini.

  miau  

Permohonan Rayuan melalui Portal

 

Cara pertama rayuan boleh dibuat melalui portal permohonan rayuan yang akan dibuka serentak bersama semakan permohonan ke matrikulasi pada hari ini, jam 12 Tengahari. Rayuan melalui portal ini hanya untuk pelajar yang memohon sahaja tetapi gagal ditawarkan ke Matrikulasi. Pelajar yang tidak pernah memohon, boleh gunakan cara permohonan rayuan kedua dan ketiga.

 

Permohonan Rayuan Terus ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Cara kedua adalah dengan memohon rayuan terus ke Bahagian Matrikulasi, KPM bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Anda boleh mengajak ibu bapa masing-masing untuk terus mengemukakan permohonan ke sana. Ini merupakan cara yang paling terbaik untuk mudah diterima masuk. Dokumen yang ada perlu bawa bersama-sama adalah seperti berikut :

 
  • Salinan Kad pengenalan diri yang telah disahkan
  • Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
  • Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
  • Salinan Sijil aktiviti di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja (Kalau peringkat sekolah/daerah tak perlu bawa)
  • Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. (contoh sebab gagal dalam permohonan dan berminat sangat untuk masuk ke matrikulasi). Pastikan surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda. (Contoh surat boleh google surat rayuan).
 

Permohonan rayuan melalui pos

 

Kepada yang tinggal jauh, jangan bimbang!. Cara ketiga ini sesuai untuk anda. Anda boleh membat permohonan melalui pos. Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan :

 
  • Salinan kad pengenalan diri yang telah disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
  • Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
  • Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja (Kalau peringkat sekolah/daerah tak perlu bawa)
  • Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. (contoh sebab gagal dalam permohonan dan berminat sangat untuk masuk ke matrikulasi). Pastikan surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda.
  • Dokumen yang lengkap, perlu dihantar ke alamat berikut:
 

Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

  Kerja Kosong Posmen Pos Malaysia Berhad  

Cara Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

 

Selepas membuat rayuan tentulah hendak tahu bila boleh menyemak kan?. Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut, bermula 8 Jun 2017 dan pihak Matrikulasi KPM akan menghantar emel kepada yang berjaya dalam permohonan rayuan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat semakan melalui 3 cara berikut:

 
  • Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang
  • Semakan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my
  • SMS dengan menaip MOE (jarak) MAT (jarak) NO. KP dan hantar kepada 15888
  283166_262360327114860_5025802_n  

Diharapkan dengan perkongsian ini anda jelas dan seakan memberi sinar kembali dalam hidup anda yang sebelum ini berduka lara kerana gagal dalam permohonan dan tidak pernah memohon kerana ada masalah penyakit kurang yakin pada kemampuan diri sendiri. Hihi. Apa-apa pun kami ucapkan semoga berjaya dan selamat menempuh alam pengajian tinggi dengan jayanya!. Hargai setiap peluang yang ada kerana tidak semua orang diberikan peluang sebegitu. Kepada yang berjaya dalam permohonan nanti kami ucapkan tahniah!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail