intec intake

Admissions for 2019 intake is in progress. Hurry now!

Ranked No.1 for ACCA in the world | Pioneer education provider for over 36 years

×

Biasiswa Yayasan Al-bukhary Kini Dibuka!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 06:17 pm

img_7701-1024x682

 

Biasiswa Albukhary menyediakan peluang yang baik kepada individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan tetapi kurang bernasib baik. Biasiswa ini ditawarkan kepada mereka berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan pengajian asasi di Universiti Antarabangsa Albukhary. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2017.

 

Yayasan Al BUKHARY menawarkan biasiswa menerusi enam (6) skim iaitu:

Biasiswa Ekuiti Albukhary

Biasiswa Pelarian Pendidikan Dream (RED)

Anugerah serantau

Kepimpinan, Akademik dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Campus Residence Grant

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang  permohonan hanya dibuka untuk Biasiswa Ekuiti Albukhary dan Biasiswa Pelarian Pendidikan Dream (RED) sahaja.  

36_big

 

KRITERIA & KELAYAKAN

Biasiswa Ekuiti Yayasan Al-Bukhary

Biasiswa penuh untuk semua kursus di peringkat pengajian ijazah dan program pengajian asasi. Kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

Pemohon mestilah datang dari latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik.

Pemohon memiliki pencapaian akademik yang cemerlang di peringkat GCE 'O' atau 'A' level atau peperiksaan yang setaraf dengannya atau kelayakan akademik yang minimum mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

Program Asasi

O-Level : 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B

A-Level : Tiada

Program Pengajian Prasiswazah

O Level: 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B

A-Level : 2A dan 1B

 

albukhary-international-university

Biasiswa Pelarian Pendidikan Dream (RED)

Biasiswa  di bawah skim ini pula diperuntukkan kepada pelarian atau pemohon suaka yang berdaftar di bawah United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

Yayasan Albukhary menyediakan biasiswa penuh untuk semua kursus untuk program ijazah pertama dan pengajian asasi. Kelayakan permohonan adalah seperti berikut :

Pemohon mestilah berdaftar di bawah UNHCR di Malaysia

Pemohon memiliki pencapaian akademik yang cemerlang di peringkat GCE 'O' atau 'A' level atau peperiksaan yang setaraf dengannya atau kelayakan minimum akademik mengikut peringkat pengajian seperti berikut :

Program Asasi

O Level : 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B

A-Level : Tiada

Program Pengajian Prasiswazah

O-Level : 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B

A-Level : 2A dan 1B

image-3-news-events

 

 JUMLAH PERUNTUKAN BIASISWA

Biasiswa Ekuiti Albukhary

Tuisyen dan yuran sampingan

Penginapan dan elaun sara hidup

Insuran Kesihatan

Visa pelajar

Penghantaran balik (satu tiket sehala)

Biasiswa Pelarian Pendidikan Dream (RED)

Tuisyen dan yuran sampingan

Penginapan dan elaun sara hidup

Insuran kesihatan

402828_264073413693536_1488283937_n

KAEDAH PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan,sila muat turun Garis Panduan Permohonan bersama-sama dengan Borang Permohonan Biasiswa. Klik di sini.

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

Unit biasiswa

Yayasan Albukhary

30, Jalan Pahang Barat

53000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 12-928 1876 / + 60 10-222 1876

atau

Unit biasiswa

Yayasan Albukhary

Jalan Tun Abdul Razak,

05200 Alor Setar, Kedah

Tel: +60 12-928 1876 / + 60 10-222 1876

315316_468481573176719_1125957772_n

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini