AstroMAP Buka Peluang Graduan untuk Bina Haluan Kerjaya Selepas Tamat Pengajian

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 20, 2017, 11:55 am

Siapa yang tidak mengenali Astro. Majoriti rakyat Malaysia sekarang semuanya melanggan Astro tetapi alangkah indahnya jika anda bekerja dibawah Astro. Bagaimana?.

 

Berita baik untuk anda kerana ASTRO telah memperkenalkan program yang diberi nama Astro Management Associate Programme (AstroMAP) untuk mengasah bakat baru dalam kalangan para graduan. Pihak Astro mengharapkan menerusi program ini mereka mampu melahirkan graduan berkemahiran sebagai pelapis dalam menerajui pengurusan kanan Astro di masa hadapan.

 

ASTROMAP

 

Jika anda terpilih mengikuti program ini, tidak akan rugi sama sekali!.  Anda akan diberi peluang untuk merasai pengalaman bekerja dalam jawatan yang berbeza di Astro, berdepan dengan cabaran dunia pekerjaan sebenar terutamanya dalam industri media cetak & elektronik, merasai pengalaman menguruskan projek selain turut berpeluang mendapatkan nasihat daripada mentor peribadi yang merupakan pakar dalam industri tersebut.

 

Paling menarik selepas tamat program ini,  anda akan diberi peluang untuk memilih sendiri laluan kerjaya anda di Astro. Jawatan apakah yang paling diminati dan bakal memberikan potensi yang besar untuk masa depan anda. Berminat?. Jika berminat, anda perlu memilih salah satu daripada bidang berikut :

 

Bidang yang ditawarkan 

 

  • Management Stream
  • Financial Specialist

 

Syarat Kelayakan

 

    • Pelajar tahun akhir atau graduan baru atau memiliki pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun
    • Memiliki CGPA minimum 3.20 atau setara
    • Aktif dalam aktiviti kurikulum atau komuniti

 

Memiliki keperibadian seperti berikut :

 

    • Integriti
    • Hormati orang lain
    • berusaha untuk berjaya
    • Potensi kepimpinan
    • Keinginan untuk mencapai sesuatu melebihi jangkaan

  KEEP YOUR FOCUS ON THE SUMMIT  

Syarat Tambahan

Financial Specialist 

 

  • memiliki kemahiran berkomunikasi yang cemerlang (tulis dan lisan)
  • Berdaya tahan untuk berjaya dalam persekitaran yang dinamik
  • Berkebolehan untuk memproses sejumlah besar maklumat dan mencari jalan penyelesaian terbaik (inovatif)
  • Mahir menggunakan Microsoft Excel, Powerpoint dan numerical skills (pengiraan)

 

Jika anda sememangnya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Binalah kerjaya anda di Astro. Gaji lumayan menanti anda kelak. Untuk pautan permohonan klik disini : Astro Management Associate Programme (AstroMAP)

 

PROGRAM BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/tawaran-latihan-siswazah-pekerjaan-oleh-global-business-centre-gbs-asia-khas-untuk-graduan-bidang-perakaunan-kewangan-pengajian-perniagaan-sumber-manusia-atau-bidang-berkaitan/ https://afterschool.my/bm_old/berita/pg-buka-tawaran-kepada-pelajar-tahun-akhir-lepasan-siswazah-untuk-bina-kerjaya-selepas-tamat-pengajian/ https://afterschool.my/bm_old/berita/starbucks-tawarkan-pekerjaan-dalam-bentuk-program-latihan-untuk-siswazah/

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail