Artis Popular yang Cemerlang dalam SPM!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2017, 11:48 am

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 telah diumumkan 16 Mac yang lalu. Kepada anda tentu berminat untuk mengetahui berapakah keputusan yang diperolehi oleh artis di Malaysia bukan?. Jadi, kami senaraikan 5 selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Jangan main-main, paling tidak disangka adalah artis baru popular, Janna Nick!.

 

 

Neelofa

Tahun: 2006  Keputusan: 10A  Sekolah: MRSM Langkawi

 

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006.

 

Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A). Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

 

 

Mira Filzah

Tahun: 2010  Keputusan: 8A  Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

 

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

 

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama "Meh Sandar Pada Aku" ini merupakan pelajar bijak selain berbakat dalam seni lakonan. Beliau melanjutkan pengajian di UiTM, Shah Alam dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa dan telah pun menamatkan pengajian beliau di universiti itu.

 

 

Soo Winci

 

Tahun: 2002  Keputusan: 7A, 2B  Sekolah: SMK Damansara Utama

 

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.   Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.   Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.  

 

 

Janna Nick

 

Tahun: 2013  Keputusan: 6A, 2B  Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota

Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Janna pernah bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan akhir sekali di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Menerusi peperiksaan SPM, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu memperoleh 6A dan 2B.  

 

 

Najwa Latiff

Tahun: 2012  Keputusan: 4A  Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

 

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012. Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain. 

Diharapkan dengan perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda selain membuktikan bahawa, kalau menjadi artis tidak semestinya tidak pandai. Cuma mereka berbakat dan rezeki sudah tertulis di dalam bidang hiburan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail