5 jasa besar MARA bantu pelajar Malaysia sejak 1950

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 13, 2016, 12:18 pm

5 jasa besar MARA bantu pelajar Malaysia sejak 1950.Sejak pengasasan Rural & Industrial Development Authority (RIDA) pada Julai 1950, sebelum dijenamakan semula menjadi MARA pada 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membantu membangunkan pelajar terutamanya Bumiputera untuk berjaya.Logo-Majlis-Amanah-Rakyat-MARA Matlamatnya ialah untuk melahirkan kelompok usahawan bumiputera dalam bidang korporat, teknousahawan, peruncitan, pembuatan dan kontraktor berwibawa, dan usaha itu perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi.

1.  Dewan Latihan RIDA hingga Universiti Teknologi MARA

uitm Pada November 1956, Dewan Latihan RIDA mula beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris, hasil dari ilham Dato' Onn Jaafar dari lawatannya ke Ceylon (kini Sri Lanka) pada tahun 1951. Pada Jun 1966, Dewan Latihan RIDA ditukar nama menjadi Maktab MARA, sebelum pada tahun 1967 ia ditukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada 26 Ogos 1999, nama ITM bertukar menjadi Universiti Teknologi MARA atau UiTM.

2. Membuka kolej-kolej untuk latihan teknikal

giatmara Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang itu diwujudkan gugusan institusi pendidikan di seluruh negara yang meliputi dua laluan utama iaitu bidang akademik, teknikal dan vokasional atau TVET. Latihan TVET bermula daripada peringkat sijil di GiatMara dan Institusi Kemahiran Mara (IKM). Peringkat diploma dan Higher National Diploma (HND) di Kolej Kemahiran Tinggi, German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dengan memberi fokus kepada bidang aeroangkasa, teknologi maritim, automotif, elektronik, perubatan serta pelbagai bidang kejuruteraan terkini.

3. MRSM

mrsm Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera. Dengan 51 buah maktab yang sudah siap, MARA menambah lagi tujuh buah maktab MRSM dalam perancangan Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)

4. Bantuan pinjaman dan biasiswa

medanmara MARA banyak membantu pelajar dalam impian mereka menyambung pelajaran demi masa depan mereka yang cerah. Menerusi skim biasiswa dan pinjaman MARA, pelajar dapat ke meneruskan pelajaran mereka di dalam dan di luar negara, dan seterusnya membawa kepakaran yang mereka pelajari di industri-industri di negara ini. MARA juga bekerjasama dengan JPA dalam memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang menerusi Program Biasiswa JPA-MARA.

5. Kolej untuk pembelajaran pra-universiti

kolejmara MARA juga membina kolej-kolej bagi peringkat pra-universiti seperti pengajian International Baccalaurette (IB),  A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti. Kolej-kolej ini ialah untuk pelajar menyediakan diri sebelum melangkah ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam dan swasta, atau luar negara. Hampir 65 tahun, MARA telah membantu pelajar demi kecemerlangan Bumiputera dalam pencapaian akademik.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail