Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) | Afterschool.my

Tunku Abdul Rahman University College (TARUC)

Pintu masuk utama TARUC
Suasana di Pusat Cyber TAR UC
Pandangan atas kampus utama TAR UC yang  berkeluasan 186 hektar
Kompleks Sukan TAR UC yang menyediakan kemudahan gelanggan badminton, tenis, gimnasium dan  kolam renang
Kemudahan kolam renang bersaiz Olimpik
Gelanggang Bola Keranjang TAR UC

Tentang Institusi

Tunku Abdul Rahman College University (TAR UC) adalah sebuah institusi pendidikan utama yang berjaya mengekalkan kecemerlangannya selain menyediakan pendidikan berkualiti selama lebih empat dekad. Mula dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman College (TAR College) sejak penubuhannya pada tahun 1969, institusi ini telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti pada tahun 2013. Dengan penarafan tersebut, TAR UC mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda dan program Pascasiswazah.

Hari ini, TAR UC sudah mempunyai 28,000 pelajar yang mengikuti 100 program pengajian dalam pelbagai spektrum yang luas  di enam kampusnya iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak, Pahang dan Sabah. Kampus Kuala Lumpur yang berkeluasan 186 ekar  merupakan kampus induk yang terletak di Jalan Genting Kelang, Setapak.

TAR UC disokong oleh empat fakulti utama bagi program ijazah sarjana muda, iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Pengkomputeran (FASC), Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan (FAFB), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (Febe) ??dan Fakulti Sains sosial, Kesenian dan Kemanusiaan (FSAH). Terdapat juga, Pusat Pengajian Pra-Universiti dan Pusat terbaru yang ditubuhkan untuk Pengajian Siswazah dan Penyelidikan yang menawarkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Sarjana Sains (Sains Hayat) dan Sarjana Sains (Sains Fizikal).

Sebagai sebuah institusi yang menyediakan program pengajian mengikut kehendak  industri, TAR UC melahirkan graduan yang mempunyai standard akademik yang tinggi selain terlatih dari segala segi. Setakat ini,  TAR UC sudah melahirkan  180,000 alumni dan dalam kalangan terdiri daripada beberapa pemimpin negara, usahawan yang berjaya serta golongan profesional dalam pelbagai bidang.

Kolabrasi Bersama

Fasiliti

  • ATM
  • Auditorium
  • Gelanggang Badminton 
  • Gelanggang Bola Keranjang 
  • Kedai Buku
  • Kafeteria
  • Makmal Komputer
  • Padang Bola
  • Gelanggang Futsal
  • Gimnasium
  • Dewan Kuliah
  • Perpustakaan
  • Kolam renang bersaiz Olimpik
  • Pengangkutan Awam
  • Gelanggang Tenis 
  • Bilik Seminar
  • Makmal sains 
  • Penginapan pelajar
  • Komplek sukan
  • Mesin air
  • Kemudahan WiFi 
  • TARC Inkubator

Hubungi

Tunku Abdul Rahman University College (Kampus Utama)
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur,
P.O. Box 10979, 50932 Kuala Lumpur,
Malaysia.
 
Kampus Penang 
77, Lorong Lembah Permai Tiga,
11200 Tanjong Bungah,
Pulau Pinang, Malaysia.
 
Kampus Perak
Jalan Kolej, Taman Bandar Baru,
31900 Kampar, Perak, Malaysia.
 
Kampus Johor
Jalan Segamat / Labis
85000 Segamat, Johor, Malaysia.
 
Kampus Sabah 
Lot 1, Ground Floor,
Pusat Dagangan Donggongon,
89500 Jalan Sapau,
Donggongon,
Penampang, Sabah
 
Kampus Pahang
P37, Jalan Bayu 1,
Taman Seri Bayu,
28600 Karak, Pahang, Malaysia.
Email: [email protected]

Talian (6)03-41450123


Log masuk akaun anda

Daftar Akaun