Manipal International University | Afterschool.my

Manipal International University

Pandangan daripada atas Universiti
Bangunan hadapan Universiti
Pelajar di  MIU

Tentang Institusi

Manipal International University (MIU) dikenali sebagai universiti swasta pertama India dan merupakan salah sebuah universiti terbaik di India. Sejak pertama kali diilhamkan pada tahun 1953 sebagai sebuah kolej perubatan oleh Dr. TMA Pai, seorang doktor, pendidik, pegawai bank dan dermawan, ia telah berkembang dan melebarkan sayapnya di peringkat global ke Malaysia, Nepal dan Dubai. Usaha pertama ke Malaysia adalah pembukaan Melaka Manipal Medical College. Pada bulan Oktober 2010, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh menandatangani piagam untuk Manipal International University bagi menawarkan program-program di Malaysia.

Program

Manipal International University adalah sebuah institusi pelbagai disiplin, yang bertujuan untuk memenuhi keperluan pembangunan modal insan yang ditujukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Pada masa ini, universiti memberi tumpuan kepada menawarkan Asasi dan ijazah dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan sains hayat. Walau bagaimanapun, terdapat rancangan masa depan untuk memperkenalkan Ilmu Kemanusiaan, Reka Bentuk, Undang-undang, Hospitaliti, Pendidikan serta Media dan Komunikasi.

Tahun ini, MIU membuka kampus barunya di Nilai. Kampus Nilai dibina di atas hartanah 140 ekar yang dikelilingi oleh bukit-bukau dan bersebelahan dengan sebuah tasik yang indah. Kampus baru ini mengintegrasikan teknologi hijau termasuk amfiteater 1,000 tempat duduk, kompleks sukan, pusat pelajar dan kemudahan rekreasi.

Fasiliti

  • Penginapan pelajar
  • Kompleks Sukan
  • Kedai Makanan
  • Perpustakaan
  • Makmal
  • Dewan Kuliah

Hubungi

Manipal International University
No. 1, Miu Boulevard
71800 Putra Nilai
Negeri Sembilan  

Talian +606 798 9200 / 1800-222-648


Log masuk akaun anda

Daftar Akaun