INTEC Education College | Afterschool.my

INTEC Education College

Sesi pembelajaran di dalam kelas
Makmal Komputer
INTEC dari pandangan atas
Dewan serbaguna
Perpustakaan
Padang bola untuk aktiviti riadah

Tentang Institusi

Beroperasi selama lebih dari 30 tahun, INTEC Education College mengekalkan reputasi kecemerlangannya dalam melahirkan graduan profesional yang cemerlang. Sebelum ini INTEC dikenali sebagai Pusat Pengajian Persediaan (Pusat Pendidikan Persediaan, PPP). Pusat ini telah pun berjaya melahirkan ramai graduan profesional dalam pelbagai bidang

Kini INTEC dikenali sebagai sebuah kolej yang membekalkan pendidikan perintis untuk pengajian pra-universiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional. INTEC turut menyediakan program A-level dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Jerman. Mereka juga menawarkan America Degree Programme serta America Degree Transfer Programme.

INTEC juga turut menyediakan Program Antarabangsa SACE yang dahulunya dikenali sebagai AUSMAT sebagai program persediaan ke Korea. Program diploma mereka turut termasuk Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Awam dan pentadbiran serta Diploma dalam Amalan Halal saintifik untuk pelajar yang ingin menceburi bidang kerjaya berkenaan selepas menamatkan pengajian kelak. Bukan itu sahaja, INTEC turut menyediakan program perakaunan profesional termasuk Certified Accounting Technician, The Association of Certified Charted Accountants dan Certified Perakaunan Perniagaan, program jangka pendek iaitu Intensive Bridging Programme dan i-Speak Japanese Programme untuk persediaan ke Korea.

Fasiliti

  • Penginapan Pelajar
  • ATM
  • Kompleks Sukan
  • Auditorium
  • Kedai Buku
  • Kafe
  • Makmal Komputer
  • Gimnasium
  • Pusat Kegiatan Islam
  • Makmal
  • Dewan Kuliah
  • Perpusatakaan
  • Pengangkutan Awam
  • Pusat Kegiatan Pelajar
  • Wifi

Hubungi

Jalan Senangin Satu 17/2A,
Section 17 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, 40200, Malaysia.  

Talian +603 5522 7000


Peperiksaan Hari Isnin adalah
Kimia I, II dan III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun