Advance Tertiary College (ATC) | Afterschool.my

Advance Tertiary College (ATC)

Mahkamah persidangan
Pejabat Pentadbiran
Ruang perkhidmatan pelajar
Makmal Komputer
Perpustakaan

Tentang Institusi

Advance Tertiary College (ATC) telah ditubuhkan pada tahun 1987 dengan bermatlamatkan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah serta golongan bekerja yang masih ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada kadar kos pengajian yang berpatutan.

Dalam dekad yang lalu, ATC telah menjadi sekolah undang-undang swasta terbesar di rantau ini dengan dua kampus di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Selain kampus di dalam negara, ATC turut membuka kampusnya di luar negara iaitu di Singapura dengan kolaborasi bersama Universiti Politeknik Hong Kong. Selain program undang-undang,  Sekolah perniagaan mereka juga turut berkembang dan menawarkan pelbagai program sijil dan diploma yang kontemporari dan memenuhi kehendak pasaran semasa. 

ATC telah diiktiraf oleh Universiti London sebagai salah satu daripada enam institusi di dunia yang menerima Anugerah Kecemerlangan pada Ulang Tahunnya yang ke-150. Universiti itu telah mengakui bahawa ATC adalah sekolah undang-undang swasta yang paling berjaya di dunia. Tambahan pula, ATC juga merupakan satu-satunya sekolah undang-undang swasta yang diberi pengiktirafan menerusi anugerah undang-undang London yang diakui di seluruh dunia. 

Dengan lebih daripada 10,000 graduan yang kini menjadi pengamal undang-undang, industri sektor korporat, media dan perbankan, siswazah ATC mempunyai peluang yang terbuka untuk diterima sebagai pekerja dalam pelbagai sektor sama ada sektor pekerjaan tempatan atau antarabangsa. Pada masa ini, ATC menawarkan program Cambridge A-Level Arts, Perniagaan dan Undang-undang, Ijazah Sarjana Muda Program Undang-undang dari University of London, Sijil Amalan Guaman (CLP), Sijil Pengajian Perniagaan dan Diploma Pemasaran.

Fasiliti

  • ATM
  • Auditorium
  • Makmal Komputer
  • Dewan Kuliah
  • Perpustakaan
  • Pengangkutan Awam
  • Bilik Seminar
  • Penginapan Pelajar
  • Wifi

Hubungi

Bangunan Tunas Utama
Jalan Petaling
50000 Kuala Lumpur
Malaysia  

Talian +603 2031 0266


Peperiksaan Hari Isnin adalah
Kimia I, II dan III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun