Psikologi | Afterschool.my

Psikologi

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Back

Psikologi

Mode No information available
Level No information available
Duration No information available
Intake No information available
Tuition fees No information available
Campus No information available

Bidang psikologi mengkaji dengan lebih mendalam mengenai persepsi, kognisi, perhatian, emosi, personaliti, tingkah laku dan hubungan sesama manusia.

Psikologi

Pembelajaran daripada kajian-kajian ini kemudiannya akan dimanfaatkan dalam pelbagai elemen aktiviti manusia termasuk isu-isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental, bantu diri, peningkatan prestasi dan pelbagai aspek lain yang mempengaruhi kesihatan dan kehidupan seharian.

Hala tuju

Ijazah psikologi mengambil masa 3 tahun untuk dilengkapkan. Kebanyakan institusi yang menawarkan program psikologi menyediakan latihan asas psikologi secara mendalam di samping memberi pelajar peluang untuk mempelajari kursus-kursus khusus dalam bidang psikologi gunaan.

Pelajar akan diberikan persediaan untuk menceburi kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan psikologi dan melanjutkan pengajian siswazah dalam kursus khusus.

Pada tahun pertama, anda akan diperkenalkan kepada bidang teras psikologi. Tahun kedua anda akan meneroka psikologi dengan lebih mendalam dan tahun akhir anda boleh memilih topik-topik yang lebih mencabar untuk penyelidikan.

Kebanyakan projek penyelidikan berjalan sepanjang tahun dan di bawah pengawasan pensyarah, anda akan diberi tanggungjawab untuk mereka dan menjalankan sendiri penyelidikan ini, dan menyiapkan laporan penuh projek penyelidikan.

Fokus mata pelajaran

SPM:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • English
  • MUET

Peringkat Universiti:

  • Bahasa Inggeris
  • Pengkomputeran
  • Fisiologi
  • Jenis-jenis dan tahap psikologi
  • Kaedah Penyelidikan & Statistik
  • Neurosains dan Tingkah laku
  • Skil komunikasi
  • Kaedah praktikal dalam Psikologi
  • Personaliti dan Perbezaan Individu

Personaliti

Kod-kod jenis personaliti ini ialah sekadar panduan. Amalkan berunding dengan kaunselor sekolah anda untuk mendapat nasihat lebih lanjut.

Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ

Jenis-jenis personaliti ini berkongsi Kecenderungan Cara Berfikir (Thinking preference), atau kecenderungan dalam membuat keputusan berbanding menggunakan nilai peribadi.

Ketahui personaliti Myers-Briggs anda di laman web ini.

Kod Holland Vocational: ESR (Enterprising, Social, Realistic)

Ambil ujian RIASEC di laman web ini.

Info kerjaya

Psikologi

Walaupun jumlah ahli psikologi klinikal di Malaysia adalah kecil, mereka berpeluang memberi rawatan gangguan psikologi khusus untuk setiap peringkat khusus dalam perubatan.

  • Penasihat kehidupan
  • Ahli terapi
  • Pekerja sosial
  • Pemasaran
  • Kaunselor institusi
  • Pengajian siswazah (Sarjana; PhD)

Gaji

Gaji yang diperolehi bergantung kepada faktor-faktor berikut:

Bidang: Sesetengah pengkhususan (seperti psikologi klinikal) menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding bidang lain. Ini kerana terdapat permintaan untuk ahli psikologi bidang tertentu.

Organisasi swasta / Kerajaan: Pusat-pusat/institusi/agensi kesihatan kerajaan membayar gaji lebih rendah berbanding dengan organisasi swasta kerana mereka dikawal selia oleh kerajaan.

Di Malaysia, ahli psikologi klinikal dibayar lebih kerana jawatan ini lebih diiktiraf. Mereka boleh memperoleh gaji di antara RM150 hingga RM250 sejam.

Bidang akademik adalah pilihan yang lebih baik untuk graduan psikologi. Walau bagaimanapun, prospek kerja untuk bidang berkaitan psikologi masih tidak begitu baik berbanding negara-negara yang lebih maju seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom.

Tuntutan kerja

Di Malaysia: Majlis Penasihat Kesihatan Mental mengakui bahawa keperluan untuk pakar psikiatri dan psikologi semakin meningkat untuk hospital dan klinik. Pada masa kini di Malaysia, nisbah ahli psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penduduk adalah agak rendah. Oleh itu, peluang pekerjaan di Malaysia untuk graduan psikologi adalah cerah.

Luar Negara: Ahli psikologi memperoleh gaji yang baik di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat banyak peluang pekerjaan di luar negara yang menyediakan gaji dan pengalaman yang memadai. Namun perlu diingat, di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada, anda memerlukan ijazah doktor falsafah untuk menjadi seorang ahli psikologi berlesen.

pautan penting

Ministry of Health
Psychology Matters Asia
Malaysia Psychology Centre

Other Courses Offered in

Contact Information

Phone

Fax

Email

Website

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun