Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian | Afterschool.my

Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian

Info Biasiswa

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih. 

Tarikh Tutup

Aug 31, 2017

Kriteria

Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;

 

  • Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdaftar secara sah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)
  • Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih
  • Had Umur – Diploma (18 – 23 tahun)
  • Ijazah (18 – 25 tahun)

Jurusan

Semua bidang pengajian yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS yang berdaftar di bawah MQA

Cara Memohon

Permohonan insentif ini mestilah dibuat di Pejabat Rancangan FELDA masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen tersebut yang telah disahkan seperti berikut :

 

  • Surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA / IPTS yang terpilih
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Kad Pengenalan Peneroka (ayah, ibu, atau penjaga)
  • Penyata Pendapatan peneroka (paysheet) terkini

 

Pemohon yang tidak layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut:

 

  • Peneroka atau anak peneroka yang menetap di luar rancangan
  • Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi / Program Asasi
  • Pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat Sijil / Pra / Matrikulasi / Asasi (Foundation) /Briged politeknik / Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD)
  • Pelajar di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Program separuh masa (part-time) / pemohon yang telah bekerja
  • Penerima Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara FELDA / pelajar yang mengikuti Kursus Latihan Kemahiran FELDA

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun