Tabung Pendidikan Elena Cooke 2017 | Afterschool.my

Tabung Pendidikan Elena Cooke 2017

Info Biasiswa

Biasiswa pendidikan Elena Cooke adalah dana yang dikumpulkan bertujuan untuk membantu golongan muda yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti selepas SPM di kolej atau universiti tempatan.

 

Biasiswa ini diberi nama Elena Cooke sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Miss Elena Cooke,  guru besar paling lama berkhidmat di Bukit Bintang Girls 'School (BBGS),

Tarikh Tutup

Mar 27, 2017

Kriteria

  • Warganegara Malaysia berumur bawah 23 tahun
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dalam SPM
  • Pendapatan keluarga tidak melebih RM42,000 setahun
  • Memenuhi syarat kemasukan ke program yang dipohon
  • Memenuhi syarat am kemasukan Sunway's University iaitu mestilah mendapat gred kredit dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dalam SPM
  • Pemohon boleh memohon pengajian ke mana-mana universiti/kolej tempatan tetapi perlu memohon dalam borang permohonan yang disediakan secara berasingan. 
  • Pemohon yang sudah dalam pengajian tidak layak memohon.

 

Amaun

Biasiswa ini akan menampung :

  • Yuran pengajian
  • Yuran umum, (apa sahaja yuran yang dikenakan oleh pihak universiti selain yuran pengajian)
  • Penginapan pelajar di Sun-U Apartment
  • Elaun buku dan sara hidup

 

Jurusan

Permohonan biasiswa ini adalah tertakluk kepada permohonan dalam bidang pengajian di universiti yang disenaraikan sahaja :

 

SUNWAY UNIVERSITY/COLLEGE

Pemohon boleh memohon kemasukan ke mana-mana bidang pengajian yang ditawarkan oleh Sunway College/Sunway University (Kampus Selangor sahaja)

 

Semua yuran pengajian dan yuran-yuran lain ditampung sepenuhnya oleh biasiswa termasuk penginapan, sara hidup, buku-buku dan apa sahaja berkaitan dengan pengajian.

 

Bidang pengajian di Sunway College/University adalah seperti berikut :

  • Sijil dalam Finance, Accounting dan Business
  • Sijil dalam Accounting Technician
  • Association of Chartered Certified Accountant
  •  BSc (Hons) in Computer Science/Information Technology/Information Systems (Progression from Dip in I.T.)
  • BSc (Hons) in Business Management/Business Studies
  • Diploma in Business Administration
  • Diploma in Hotel Management
  • Diploma in Event Management
  • Diploma in Culinary Arts
  • Diploma in Information Technology
  • Diploma in Interior Design
  • Diploma in Graphic & Multimedia

 

FIRST CITY UNIVERSITY COLLEGE (Kini dikenali sebagai KBU International College)

 

Berkenaan dengan Kolej Universiti KDU, pemohon perlu memohon mana-mana kursus yang diminati secara berasingan melalui Kolej Universiti KDU.

 

Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian ke KDU boleh memohon biasiswa di bawah Tabung Pendidikan Cooke Elena untuk mendapatkan bantuan kewangan.

 

Yuran umum pengajian akan ditampung sepenuhnya manakala elaun penginapan, buku dan perbelanjaan sara hidup akan diberikan untuk keseluruhan kursus.

 

Sila ambil perhatian bahawa yuran pengajian TIDAK dilindungi oleh Tabung Pendidikan Cooke Elena dalam kes ini. Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon kepada Kolej Universiti KDU bagi bantuan di bawah mana-mana pelbagai skim biasiswa mereka.

 

Program pengajian yang ditawarkan oleh biasiswa ini adalah seperti berikut :

  • Diploma in Mass Communciation
  • Diploma in Telecommunication and Computer Engineering
  • Diploam in Electrical and Electronics Engineering
  • Diploma in Computer Studies
  • Diploma in Business Administration
  • Diploma in Accountancy
  • Diploma in Entertainment Arts
  • Diploma in Entrepreneurial Design

 

UNIVERSITI/KOLEJ TEMPATAN

Pemohon yang memohon di universiti tempatan yang lain boleh memohon secara berasingan dan yuran pengajian yang ditampung adalah sama. Walau bagaimanapun, biasiswa ini tidak ditawarkan bagi pengajian di peringkat A-Level atau asasi.

Cara Memohon

Kepada anda yang berminat untuk memohon boleh klik pada pautan berikut mengikut kategori permohonan:

Borang Permohonan (Sunway-ECEF) 

Borang Permohonan (KDU University College, Utropolis, Glenmarie & universiti/kolej  tempatan yang lain)

Borang permohonan yang lengkap diisi serta dokumen yang dikehendaki, hantarkan melalui Pos Laju Sahaja (Permohonan melalui pos express/ penghantaran terus tidak akan diterima) ke alamat :

 

Elena Cooke Education Fund

c/o Unit 1211, Level 12, Block A

Damansara Intan e-Business Park

No:1 Jalan SS 20/27

47400 Petaling Jaya, Selangor

 

Permohonan mestilah sampai sebelum jam 5.00 petang pada 27 mac 2017.

 

Hubungi

Maklumat lanjut boleh klik di sini

Info lanjut berkaitan boleh klik di sini

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Kertas peperiksaan esok adalah
Pendidikan Moral/ Islam!

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun