Persephone Miel Fellowship for International Journalists (USA) | Afterschool.my

Persephone Miel Fellowship for International Journalists (USA)

Luar Negara
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Info Biasiswa

Sekiranya anda terdiri dalam kalangan wartawan, penulis, jurukamera, produser radio, pengubal filem atau pun pengamal media terutamanya di negara-negara membangun. Anda berpeluang untuk untuk memohon biasiswa di bawah Perseophone Miel Fellowship.

 

 

Biasiswa ini diasaskan oleh Pulizer Center dengan kerjasama Internews. Tujuan pemberian biasiswa ini pada asasnya adalah untuk membantu wartawan terutamanya di negara membangun mengekspresikan apa sahaja berita atau kerja yang dilakukan berkaitan dengan media ke peringkat antarabangsa. Jadi para pengamal media seperti mana yang disebabkan di atas bolehlah memohon biasiswa ini.

 

Tarikh Tutup

Mar 31, 2017

Kriteria

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

 

  • Pemohon mestilah mahir berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.
  • Pemohon mestilah dalam kalangan wartawan, jurukamera, produser radio, pengubal filem, staf wartawan termasuk mereka yang bekerja sendiri (freelance) dan profesional media yang tinggal luar daripada Amerika Syarikat (AS). Pemohon mestilah melahirkan sebarang berita di negara masing-masing. Wanita sangat digalakkan untuk memohon.
  • Hanya pemohon yang tinggal di luar daripada AS boleh memohon.

Amaun

  • Pemohon yang berjaya memperolehi biasiswa ini, mereka akan memperolehi travel grant sebanyak $5000 untuk melaporkan berita yang berlaku di dalam dan luar negara merangkumi berita yang tidak dilaporkan atau dilaporkan oleh media tempatan atau media antarabangsa.
  • Pemohon juga berpeluang untuk memperolehi geran spesifik semasa proses permohonan. Walau bagaimanapun, geran berkenaan bergantung kepada skop kerja dan kepentingan berita yang akan dilaporkan kelak.
  • Pemohon yang berjaya, pembayaran pertama kali akan dibayar separuh dahulu kemudian pembayaran penuh akan dibayar oleh pihak Pulitzer Center setelah mereka menerima hasil kerja anda.
  • Pada pemulaan projek, penerima biasiswa perlu menghadiri bengkel selama 2 hari di Pulitzer Center. Mereka akan diberi taklimat mengenai strategik, berita yang dikehendaki dan sebagainya. Pihak Pulitzer akan membekalkan $2500 untuk membiayai pembiayaian perjalanan anda ke sana.

Jurusan

Pemohon mestilah terdiri dalam kalangan wartawan, jurukamera, produser radio, pengubal filem, staf wartawan termasuk mereka yang bekerja sendiri (freelance) dan profesional media yang tinggal luar daripada Amerika Syarikat (AS).

Cara Memohon

Muat turun borang permohonan Persephone Miel Fellowship

 

Berikut merupakan panduan permohonan :

  • Permohonan mestilah dalam Bahasa Inggeris.
  • Deskripsi projek termasuk sumbangan projek yang tidak melebihi 250 patah perkataan.
  • Bajet untuk projek yang ingin dijalakan termasuk kos-kos asas. Kos asas berkenaan pastikan ianya tidak melibatkan perkara yang mengarut. (kos penterjemah, bayaran kepada pemandu boleh diterima).
  • 3 sample hasil kerja yang sudah di terbitkan sama ada cetakan atau penyiaran.
  • 3 orang media profesional dijadikan sebagai rujukan yang menyokong permohonan anda sama ada melalui surat atau nombor yang boleh dihubungi.
  • Salinan sijil Kurikulum
  • Pemohon juga perlu menerangkan secara spesifik mengenai projek yang ingin dihasilkan

Hubungi

Dapatkan lebih informasi berkaitan geran ini di sini.

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun