Khazar University International Scholarship Program | Afterschool.my

Khazar University International Scholarship Program

Luar Negara
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Info Biasiswa

Khazar University menawarkan biasiswa dibawah program biasiswa Khazar Universiti untuk sesi pengambilan pelajar bagi tahun 2017-2018. Biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar termasuk pelajar antarabangsa yang berminat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana (masters) dan PhD di Khazar University.  Setiap tahun, dua biasiswa ditawarkan dibawah KUISP iaitu biasiswa yang merangkumi pembiayaa yuran pengajian dan termasuk kos sara hidup. Kedua-dua biasiswa itu, dianugerahkan kepada pelajar daripada setiap negara yang memohon untuk melanjutkan pengajian di Khazar Universiti. Berikut merupakan senarai sekolah pengajian yang layak memohon :

  • School of Engineering and Applied Sciences
  • School of Economics and Management
  • School of Humanities and Social Sciences
  • School of Education

Tarikh Tutup

Apr 15, 2017

Kriteria

  • Memiliki rekod akademik yang cemerlang ketika di sekolah menengah, ijazah sarjana muda atau master.
  • Mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris tetapi pemohon tidak perlu mengemukakan apa-apa keputusan ujian penilaian Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menyertakan salinan keputusan TOEFL/IELTS (keputusan yang tamat tempoh tidak akan diterima) mempunyai peluang yang tinggi untuk memperoleh biasiswa ini manakala bagi pemohon yang memegang ijazah sarjana muda atau diploma atau sekolah menengah/tinggi dengan major dalam bahasa Inggeris tidak perlu mengemukakan apa-apa dokumen.
  • Pemohon mestilah melanjutkan pengajian di Khazar University.
  • Semua warganegara termasuk warganegara asing layak untuk memohon biasiswa ini.

 

Kelayakan Pengajian Ijazah Sarjana Muda.

  • Borang permohonan kemasukan ke universiti.
  • Sijil sekolah menengah/tinggi.
  • Rekod transkrip akademik.
  • Kenyataan peribadi.
  • Resume.
  • Keputusan pemeriksaan kesihatan (medical Examination Certificate).
  • Salinan pasport antarabangsa (sekiranya warganegara asing).

 

Kelayakan Pengajian Ijazah Sarjana (Master)

  • Borang permohonan kemasukan master ke universiti.
  • Sijil sekolah menengah/tinggi.
  • Rekod transkrip akademik.
  • Kenyataan peribadi.
  • Resume.
  • Keputusan pemeriksaan kesihatan (medical Examination Certificate).
  • Salinan pasport antarabangsa (sekiranya warganegara asing).
  • Dua surat rujukan (reference letter).
  • Ujian TOEFL/IELTS (keputusan yang tamat tempoh tidak akan diterima).

 

Kelayakan Pengajian PhD

  • Borang permohonan kemasukan pengajian PhD.
  • Sijil master atau diploma.
  • Rekod transkrip akademik.
  • Proposal penyelidikan.
  • Senarai penerbitan.
  • Dua individu rujukan yang boleh menilai tahap akademik, kemahiran dan pengalaman yang dimilki.
  • Resume.
  • Keputusan pemeriksaan kesihatan (medical Examination Certificate).
  • Salinan pasport antarabangsa (sekiranya warganegara asing).
  • Dua surat rujukan (reference letter).
  • pemohon tidak perlu mengemukakan apa-apa keputusan ujian penilaian Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menyertakan salinan keputusan TOEFL/IELTS (keputusan yang tamat tempoh tidak akan diterima) mempunyai peluang yang tinggi untuk memperoleh biasiswa ini.

Amaun

  • Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian untuk satu tahun pengajian.
  • Tidak merangkumi kos sara hidup dan kos-kos yang lain.
  • Biasiswa ini ditawarkan hanya untuk tempoh satu tahun dan ianya bergantung kepada prestasi akademik pemohon.

Jurusan

Biasiswa ini ditawarkan kepada pemohon yang melanjutkan pengajian di 4 fakulti (sekolah) universiti iaitu School of Engineering and Applied Sciences, School of Economics and Management, School of Humanities and Social Sciences and School of Education.

 

Cara Memohon

Isi permohonan mengikut tahap pengajian yang ingin dipohon dan sertakan salinan dokumen seperti mana yang diminta.

Borang permohonan KUISP.

Cara menghantar permohonan:

Pemohon boleh menghantar terus permohonan kepada International Affairs Office.

Pemohon boleh emel kepada [email protected]

Pemohon boleh pos permohonan ke international Affairs Office, Khazar University.

Permohonan yang tidak lengkap dan lewat sampai kepada pihak universiti tidak akan dipertimbangkan.

Untuk mengetahui mengenai kursus yang ditawarkan, borang permohonan dan sebagainya. Sila layari laman rasmi Khazar Universiti dengan klik di sini. Untuk melihat cara memohon klik di sini.

Hubungi

International Affairs Office,

Khazar University (Neftchilar Campus)

41 Mehseti Str., AZ1O96, Baku, Azerbaijan.

 

Tel.: (+994 12) 421 79 16 (extension 240)

Tel.: (+994 12) 421 17 08

 

Email: [email protected]

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun