International Excellence Undergraduate Scholarship UK

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Info Biasiswa

Universiti Aberystwyth membuka tawaran biasiswa kepada pelajar asing yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di universiti itu bagi sesi akademik 2017-2018.

 

Biasiswa ini menawarkan pembiayaan £8000 yuran pembiayaan  pengajian selama 3 tahun. Pada dasarnya biasiswa ini ditawarkan bagi tujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar penyelidik di universiti itu.

Tarikh Tutup

Jun 30, 2017

⁠⁠⁠Kriteria

Pemohon yang telah diterima untuk melanjutkan pengajian ke universiti itu, secara automatiknya termasuk dalam senarai permohonan. Oleh itu, pemohon perlu membuat permohonan sebelum 30 jun 2017.

 

Pemohon yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan ianya ditawarkan kepada pelajar yang tidak mendapat sebarang tajaan biasiswa lain termasuk pelajar yang menyambung pengajian dengan memohon pinjaman kerajaan negara masing-masing.

 

Dalam tempoh 1 tahun, pemohon mestilah bukan pelajar ijazah sarjana muda daripada universiti lain.

 

Keputusan biasiswa akan ditentukan oleh International Scholarship Committee. Keputusan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dilayan. 

 

Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan dimaklumkan menerusi emel oleh Communications, Marketing and Public Affairs Office bagi pihak Committee. Maklumat lanjut berkaitan dengan tawaran akan disertakan bersama emel. Pemohon yang berjaya perlu mengesahkan penerimaan dalam tempoh 2 minggu.

⁠⁠⁠Amaun

Biasiswa yang ditawarkan adalah sebanyak £8000 selama tempoh 3 tahun.

⁠⁠⁠Disiplin

Biasiswa ini ditawarkan kepada semua jurusan pengajian di Universiti Aberystwyth.

Cara Memohon

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log Masuk