Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017 | Afterschool.my

Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017

Info Biasiswa

Yayasan Sime Darby mempelawa pelajar tahun pertama di universiti atau pelajar yang sedang membuat permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree) bagi tahun 2017 untuk memohon biasiswa di bawah tajaan mereka.

 

Yayasan Sime Darby menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, memiliki daya kepimpinan yang tinggi selain berpotensi untuk menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti secara umumnya menerusi aktiviti kokurikulum.

Tarikh Tutup

Mar 31, 2017

Kriteria

Pemohon mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke bawah
  • Memperolehi keputusan STPM/Pra universiti/asasi/matrikulasi KPM/ diploma (sekurang-kurangnya CGPA 3/30) atau Program A-Level (sekurang-kurangnya 3A).
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum , sukan serta khidmat komuniti
  • Memiliki daya kepimpinan yang tinggi sama ada di sekolah atau dalam komuniti
  • Pelajar tahun pertama (semester 1 & 2) di universiti awam sangat digalakkan untuk memohon

 

Pemohon yang memohon atau sedang melanjutkan pengajian di Universiti yang disenaraikan ini sahaja boleh memohon :

 

  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi Petronas 
  • Monash University Malaysia
  • The University of Nottingham

Amaun

  • Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya
  • Elaun sara hidup
  • Elaun buku
  • Elaun Komputer

Penerima biasiswa ini kelak akan menjalani latihan ilmiah (internship) di Sime Darby Group of Companies

 

Selepas tamat pengajian penerima biasiswa akan bekerja dengan Sime Darby Group of Companies selama 2 hingga 4 tahun, bergantung kepada tempoh penganugerahan biasiswa.

Jurusan

JURUSAN PERNIAGAAN

 

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan & Commerce
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Sumber Manusia
  • Pemasaran Digital

 

JURUSAN SAINS DAN KEJURUTERAAN

 

  • Mechanical Engineering
  • Information Technology/Information System
  • Actuarial Science
  • Mathematics/Statistical Science
  • Agricultural Science
  • Environmental Science
  • Plantation Technology
  • Psychology 
  • Data Science
  • Electrical Engineering 
  • Computer Science 

 

Nota penting : Jurusan selain daripada yang dinyatakan di atas tidak ditawarkan.

Cara Memohon

Untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan secara online, boleh klik di sini.

Hubungi

Untuk info lanjut, klik di sini.

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun