Biasiswa Yayasan Peneraju 2017 | Afterschool.my

Biasiswa Yayasan Peneraju 2017

Info Biasiswa

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.

 

Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 

Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah

Tarikh Tutup

Mar 30, 2017

Kriteria

kriteria adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :

Tajaan Dalam Negara (Ijazah Sarjana Muda)

  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian di IPTS sahaja
  •  Bumiputera Warganegara Malaysia  (Lepasan SPM/STPM 2016)
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
  • Keputusan Peperiksaan Percubaan 
    • SPM – minima 5A-*
      STPM – minima 2A*
  • Tempoh pengajian 4 - 5 tahun berbeza mengikut kursus pengajian

 

Tajaan Luar Negara (Ijazah Sarjana Muda)

  • Daripada A-level (di dalam negara sahaja) sehingga Ijazah Sarjana Muda (50 universiti terkemuka di dunia sahaja).
  • Bumiputera Warganegara Malaysia  (Lepasan SPM 2016)
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan  (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
  • Keputusan Peperiksaan Percubaan 
  • SPM – minima 8A
  • Tempoh Pengajian A-Level – maksimum 2 tahun 
  • Ijazah Sarjana Muda – maksimum 3 - 4 tahun berbeza mengikut kursus pengajian

Amaun

Pembiayaan pengajian Dalam negara 

  • Yuran Pengajian
  • Elaun bulanan (termasuk penginapan )
  • Elaun buku
  • Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar

 

Pembiayaan Luar Negara

  • Yuran Pengajian
  • Elaun bulanan (termasuk penginapan )
  • Elaun buku
  • Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
  • Elaun-elaun lain yang berkaitan (hanya untuk tajaan luar negara SAHAJA)

Cara Memohon

Untuk permohonan, boleh membuat permohnan secara online dengan klik di sini.

Sebarang pertanyaan serta informasi lanjut klik di sini.

Hubungi

Maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, anda boleh klik di sini.

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Peperiksaan Hari Rabu adalah
Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun