Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Info Biasiswa

Program biasiswa PNB memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016 untuk melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta yang terpilih serta universiti terkemuka di luar negara seperti Australia dan United Kingdom.

 

Anugerah biasiswa Yayasan Tun Ismail (YTL) dan anugerah biasiswa luar negara, diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih lepasan SPM 2016 untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dalam bidang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

 

Pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-LEVEL atau South Australian Certified of Education (SACE) yang dikendalikan oleh PNB.

Tarikh Tutup

Mar 24, 2017

⁠⁠⁠Kriteria

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN

 

Memperolehi gred minima 8A(A+(cemerlang tertinggi) dan A (cemerlang tinggi) SPM, gred A- (cemerlang TIDAK DIAMBIL KIRA SEBAGAI SALAH DARI KEPERLUAN GRED MINIMA 8A)

 

Memperolehi gred minima 2A bagi subjek bahasa inggeris 1119 (GCE-O) SPM.

 

Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 januari 2017

 

Aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan, mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan

 

Mempunyai kemahiran insaniah dan komunikasi yang cemerlang

 

Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.

 

SYARAT TAJAAN KE LUAR NEGARA

 

Pemohon yang dipilih perlu mengikuti pengajian peringkat A level atau SACE yang ditetapkan oleh PNB.

 

Pemohon dikehendaki memilih dengan teliti SATU SAHAJA DARIPADA DISIPLIN mengikut bidang pengajian yang ditetapkan oleh PNB.

 

Lulus pengajian di peringkat A-level atau SACE dan pelajar akan ditempatkan di universiti luar negara pilihan PNB.

⁠⁠⁠Disiplin

Perakaunan

Kewangan

Undang-undang

Matematik

Sains aktuari dan kejuruteraan

Undng-undang

Ekonomi

Teknologi maklumat

Pengurusan risiko

Hartanah (hospitaliti)

Komunikasi

Falsafah, politik dan ekonomi

Cara Memohon

Lengkapkan semua butiran dalam borang permohonan

 

Sertakan salinan slip keputusan SPM 2016 dan salinan sijil atau dokumen yang dinyatakan dalam borang permohonan di bahagian XI

 

Borang biasiswa perlu diisi dengan jelas dan tepat. PNB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu pada bila-bila masa.

 

Pastikan semua dokumen yang dinyatakan dalam senarai semak di bahagian XI telah disertakan sebelum menghantar borang permohonan 

 

Isikan nama penuh di bahagian atas borang yang telah lengkap diisi ke alamat :

 

Jabatan Pembangunan Pendidikan,

Permodalan Nasional Berhad

Tingkat 38, Menara PNB,

201-A Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur.

 

Untuk muat turun borang permohonan klik di sini.

 

 

⁠⁠⁠Hubungi

Untuk maklumat lanjut klik di sini

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log Masuk