Biasiswa KPMG ASEAN 2017 | Afterschool.my

Biasiswa KPMG ASEAN 2017

Info Biasiswa

Biasiswa ASEAN KPMG adalah program biasiswa baru yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar di Asia Tenggara.  Biasiswa ini merupakan biasiswa serantau pertama yang ditawarkan kepada mahasiswa yang ingin menceburi kerjaya dalam firma perkhidmatan profesional. Program ini disokong oleh pejabat KPMG di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

 

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama dan tahun kedua universiti.

 

Pembangunan profesional

 

Biasiswa ini membantu membina kecekapan dan kemahiran teras secara profesional melalui program induksi, latihan berstruktur dalam firma dan mentor serantau.

 

Hubungan strategik

 

Membantu menambah pengetahuan di seluruh sektor dan sempadan melalui interaksi dengan pemimpin KPMG sekaligus berkongsi maklumat berharga mengenai prospek kerjaya dalam pelbagai industri di negara mereka.

 

Kesinambungan Sosial

 

Menyertai rangkaian ASEAN yang dinamik di mana pelajar akan dapat mengetahui dan berinteraksi dengan pemimpin ASEAN sekaligus berpotensi sebagai pemimpin pada masa depan di firma KPMG.

Tarikh Tutup

Apr 15, 2017

Kriteria

  • Memiliki daya kepimpinan dan keyakinan diri yang tinggi selain rekod pencapaian cemerlang dalam akademik.
  • Merupakan pelajar tahun pertama dan kedua universiti sahaja.
  • Memiliki kelayakan SPM/ O-Levels/ Setaraf : 6A dan sekurang-kurang gred B dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • STPM/ A-Level/ Setaraf : Memperolehi 2B dan ke atas
  • Ijazah Sarjana Muda : CGPA 3.2 dan ke atas/ Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua
  • Pelajar sarjana muda di tahun kedua di institusi tempatan.
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum sama ada di sekolah atau komuniti
  • Memiliki daya kepimpinan yang tinggi yang boleh menyumbang sesuatu kepada ASEAN
  • Mempunyai Kemahiran berkomunikasi yang menunjukkan keyakinan, kematangan dan sebagainya.
  • Keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya
  • Warganegara Malaysia sahaja

Amaun

Yuran pengajian sebanyak RM 20,000 setahun

Elaun untuk latihan pratikal di luar negara

Jurusan

Perakaunan, Perkhidmatan dan Percukaian

Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 03- 7721 3388 atau emel [email protected]

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun