Biasiswa Karangkraf 2017! | Afterschool.my

Biasiswa Karangkraf 2017!

Info Biasiswa

Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.

 

 

Biasiswa ini merupakan dana pendidikan kepada kakitangan, anak kakitangan dan para pembaca Karangkraf yang layak sebagai satu kemudahan kepada mereka. Menurut Karangkraf, biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke universiti swasta (IPTS), memberi peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA serta mengurangkan pergantungan kepada pinjaman pendidikan.

Tarikh Tutup

Dec 31, 2017

Kriteria

  • Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  • Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian)
  • STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
  • Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  • Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.

 

Di antara  dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima)
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak     Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
  • Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung
  • Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2
  • Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan
  • Klik borang permohonan untuk terus membuat permohonan
  • Borang yang lengkap diisi, emelkan atau pos ke alamat seperti di bawah ;
    • Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Krangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
    • Emel : [email protected]/[email protected]

 

Hubungi

Nurhidayati Binti Mohd Nasir

Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Krangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Hubungi : 03-5101 3325/3327

Emel :  [email protected]/[email protected]

Laman web : http://www.karangkraf.com/dana

 

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun