Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan UTAR | Afterschool.my

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan UTAR

Info Biasiswa

Yayasan Pendidikan UTAR berhasrat untuk menubuhkan sebuah hospital pakar swasta dalam kampus Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar, Perak. Penubuhan hospital ini akan memenuhi keperluan perubatan penduduk di bandar Kampar, pelajar-pelajar kampus sekitar negeri Perak dan di seluruh negara juga.

 

Hospital yang bakal ditubuhkan ini akan menempatkan 522 katil. Katil berkenaan akan disediakan dan disiapkan berdasarkan tiga fasa. Selain itu, Hospital ini juga akan menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan kepakaran klinikal.

 

Yayasan Pendidikan UTAR adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Yayasan ini mengendalikan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang mempunyai kampus di Kampar dan Sungai Long. Yayasan ini juga mahu memenuhi tanggungjawab sosial mereka seacara berterusan kepada masyarakat sekitar Kampar dan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan perubatan subsidi kepada pesakit yang menghadapi masalah kewangan melalui hospital baru yang bakal ditubuhkan kelak.

Tarikh Tutup

May 01, 2017

Kriteria

Kelayakan permohonan :

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

i. STPM dengan minimum CGPA 2/50

ii. Lulus SPM dengan 5 kredit subjek berikut :

  • Bahasa Melayu dan Matematik
  • Mendapat kredit dalam salah satu subjek berikut Sains atau Biologi atau Kimia dan lulus Biologi atau kredit Fizik dan lulus Biologi.
  • Kredit 2 lagi subjek yang lain
  • Lulus subjek Bahasa Inggeris

 

Lain Kelayakan :

1. Program Asasi di UTAR dengan CGPA 2.50

2. Matrikulasi jurusan sains dengan CGPA 2.50

3. Diploma dalam jurusan Sains dengan CGPA 2.50 (Tiada pemindahan kredit)

4. Apa sahaja kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

 

Syarat kelayakan tambahan sekiranya anda memiliki kelayakan Matrikulasi, Diploma dan kelayakan lain yang diiktiraf:

i. Lulus SPM dengan 5 jam kredit 

ii. Kredit dalam Bahasa Melayu dan Matematik

iii. Mendapat kredit dalam salah satu subjek berikut Sains atau Biologi atau Kimia dan lulus Biologi atau kredit Fizik dan lulus Biologi.

iv. Kredit 2 lagi subjek yang lain

v. Lulus subjek Bahasa Inggeris

 

Kelayakan Wajib untuk Semua Pemohon

Lulus Bahasa Inggeris menerusi ujian penilaian berikut:

MUET- Band 3

IELTS - Band 5.5

TOEFL (berdasarkan kertas) - Skor 515

TOEFL (berdasarkan komputer) - Skor 215

TOEFL (berdasarkan ujian dalam internet) - Skor 80

Amaun

Biasiswa akan menampung jumlah yuran program, asrama, elaun bulanan, pakaian seragam dan kasut, dan perubatan dan insurans.

Jurusan

Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan

Cara Memohon

Klik pautan berikut untuk mendapatkan lebih informasi : http://bit.ly/2hqLC48

ATAU 

Muat turun hebahan, klik di sini.

Hubungi

Ms. Chor Choy Yook

Faculties of Sciences and Health Sciences

Universiti tunku Abdul Rahman

Tel: 03-90860288

Emel: [email protected]

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun