Biasiswa Fair & Lovely 2017 | Afterschool.my

Biasiswa Fair & Lovely 2017

Info Biasiswa

Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 kini dibuka untuk permohonan. Anugerah ini bertujuan untuk membangunkan bakat, menyediakan peluang pendidikan kepada wanita muda Malaysia yang mengikuti program diploma atau ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam tempatan.

 

 

 

Kempen Biasiswa Fair & Lovely 2017 (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Kempen bermula pada 6 Januari 2017, 12:00am dan berakhir pada 31 April 2017, 11:59pm (“Tempoh Kempen”)

Tarikh Tutup

May 01, 2017

Kriteria

  • Warga siswi dari 3 (tiga) universiti dengan undi terbanyak layak untuk menerima Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 (Pemohon dikehendaki untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat untuk Kempen Biasiswa Fair & Lovely [“Kempen”] terlebih dahulu).
  • Warga siswi yang berminat perlu memohon Biasiswa Fair & Lovely semasa Tempoh Kempen.
  • Para pemohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 adalah digalakkan untuk mengundi universiti mereka (rujuk kepada bahagian Mekanisme Kempen 3(b) untuk maklumat lanjut mengenai pengundian) supaya lebih cerah peluang untuk menang.
  • Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 ini terbuka kepada mana-mana mahasiswi warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan sah dan sedang menuntut di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan yang mengambil bahagian sahaja, kecuali yang sedang menduduki semester terakhir, semasa Tempoh Kempen.
  • Memperolehi keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan keputusan minima 3A atau berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Matrikulasi/Diploma dengan keputusan minima PNGK 3.00.
  • Mendapat dan menerima tawaran secara rasmi memasuki mana-mana universiti awam tempatan untuk mengikuti program pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda sepenuh masa.
  • Tidak menjadi isu sekiranya pemohon kini telah menerima sebarang biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dan mendapat pengesahan daripada organisasi-organisasi tersebut sama ada pemohon dibenarkan untuk memohon Anugerah ini atau sebaliknya.
  • Mesti menunjukkan keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan.
  • Boleh menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
  • Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. 
  • Warga siswi dikehendaki memohon secara atas talian (“online”). Pemohon yang dipertimbangkan untuk menerima Anugerah akan dimaklumkan untuk mempersembahkan salinan keputusan peperiksaan terkini dengan pengakuan sah oleh pihak berkuasa dan/atau pendaftar yang lebih tinggi daripada sekolah atau institusi (STPM, Matrikulasi atau setara dengannya), serta salinan surat/surat tawaran universiti.
  • 50 pemohon yang dipertimbangkan dari setiap universiti akan dipilih dari ketiga-tiga universiti yang mempunyai undian tertinggi. Sejumlah 150 pemohon akan dipertimbangkan di peringkat ini.
  • Pemohon-pemohon yang dipertimbangkan akan dihubungi untuk mendapatkan sijil-sijil and dokumentasi yang diperlukan untuk memproses permohonan mereka.
  • 40 para siswa akan dipilih dari pihak Penganjur dengan pertolongan university berikut:
    • (a) Universiti dengan undian tertinggi: 20 para siswi
    • (b) Universiti dengan undian tertinggi kedua: 10 para siswi
    • (c) Universiti dengan undian tertinggin ketiga: 10 para siswi
  • Dengan memohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 ini pemohon bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  • 40 para siswa akan dipilih daripada tiga universiti yang mempunyai undian yang tertinggi.
  • Keputusan ahli panel/hakim adalah muktamad dan mengikat.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Terdapat pelbagai aspek kriteria di dalam proses pemilihan, seperti yang dinyatakan. Pemilihan akhir calon adalah mengikut budi bicara tunggal dan mutlak Fair & Lovely.
  • Borang permohonan hendaklah diisi mengikut format yang diberikan, dengan kefahaman yang jelas bahawa permohonan ini adalah di bawah pengendalian pihak syarikat yang menjual dan memasarkan produk Fair & Lovely di Malaysia iaitu Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd ("Unilever") berdasarkan parameter yang ditetapkan bagi pemberian biasiswa. Para pemohon memahami bahawa Unilever mempunyai budi bicara tunggal di dalam hal ini.
  • Maklumat peribadi yang dibekalkan oleh para pemohon adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Polisi Privasi Unilever.
  • Fair & Lovely berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa, tanpa notis terlebih dahulu.
  • 23. Pemohon dikehendaki memenuhi kriteria kelayakan biasiswa ini sebelum tawaran anugerah boleh dibuat. Pemohon yang tidak memenuhi syarat akan dibatalkan secara automatik tanpa notis secara lisan atau bertulis terlebih dahulu.
  • Kegagalan mengemukakan semua dokumen seperti yang diminta boleh menyebabkan permohonan itu batal dan tidak sah. Menerima permohonan dan dokumen tidak secara automatik menjamin bahawa biasiswa akan dianugerahkan kepada pemohon.
  • Pemohon akan menerima notis makluman secara bertulis daripada Fair & Lovely sekiranya berjaya dan ditawarkan dengan Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017.
  • Pemohon hendaklah didaftarkan sebagai mahasiswi sepenuh masa untuk pengajian tersebut.
  • Keputusan percubaan untuk tahun semasa akan diterima sekiranya keputusan rasmi belum dikeluarkan pada masa pengambilan. Walau bagaimanapun, pemberian biasiswa sebegini adalah bersyarat sehingga keputusan rasmi/sebenar dihasilkan.
  • Biasiswa ini tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang atau alternatif lain.
  • Semua penerima biasiswa dikehendaki:
    • Menghadiri majlis Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 sekiranya diarahkan.
    • Menyumbang dan meluangkan masa mereka untuk membantu Fair & Lovely dalam aktiviti pemasaran dan promosi, kaunseling rakan sebaya, aktiviti ko-kurikulum dan kerja-kerja pentadbiran yang lain seperti yang diberitahu oleh Fair & Lovely (sekiranya perlu).
    • Tidak melakukan sebarang publisiti (termasuk dan tidak terhad melalui media sosial) mengenai penerimaan biasiswa ini sehingga mendapat kebenaran bertulis dari Unilever.
    • Menjadi ikon contoh pada setiap masa sama ada di atas atau di luar kampus.
  • Fair & Lovely berhak untuk melibatkan penerima dalam temu bual, iklan, fotografi atau aktiviti lain bagi maksud mempromosikan Fair & Lovely. Semua produk dan kegiatan ini adalah hakcipta Fair & Lovely dan boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu secara bertulis atau lisan.
  • Fair & Lovely berhak untuk mengubah atau menarik balik apa-apa keputusan dan/atau terma dan syarat yang berkaitan dengan biasiswa dan anugerah tanpa sebarang notis bertulis atau lisan. Semua keputusan yang dibuat oleh Fair & Lovely mengenai perkara-perkara di atas adalah muktamad dan mengikat.
  • Fair & Lovely berhak untuk membuat keputusan mengenai bilangan yang layak/jumlah biasiswa yang akan diberikan.
  • Untuk mengetahui mengenai terma & syarat lebih lanjut klik di di sini.

Amaun

Jumlah keseluruhan Anugerah bernilai RM200,000.00 akan dianugerahkan oleh Fair & Lovely kepada 40 (empat puluh) orang warga siswi yang berjaya iaitu biasiswa RM5,000.00 setiap seorang.

 

Jurusan

Mana-mana bidang pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari universiti-universiti awam yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Bagi anda yang berminat untuk memohon, sila layari lama rasmi Fair & Lovely untuk permohonan dan maklumat lanjut. Klik pautan ini :

https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/

 

Hubungi

Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd,

Level 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2246 2188

Fax: 03-2282 1048

E-mail: [email protected]

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Peperiksaan Hari Isnin adalah
Kimia I, II dan III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun