Biasiswa Diploma Kejururawatan UTAR | Afterschool.my

Biasiswa Diploma Kejururawatan UTAR

Info Biasiswa

Yayasan Pendidikan UTAR berhasrat untuk menubuhkan sebuah hospital pakar swasta dalam kampus Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar, Perak. Penubuhan hospital ini akan memenuhi keperluan perubatan penduduk di sekitar bandar Kampar, pelajar-pelajar kampus sekitar negeri Perak dan di seluruh negara juga.

 

Hospital yang ditubuhkan ini bakal menempatkan 522 katil pesakit. Katil berkenaan akan disediakan dan disiapkan mengikut tiga fasa yang telah ditetapkan. Selain itu, Hospital ini juga akan menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan kepakaran klinikal.

 

Yayasan Pendidikan UTAR adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Yayasan ini mengendalikan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang mempunyai kampus di Kampar dan Sungai Long. Yayasan ini juga mahu memenuhi tanggungjawab sosial mereka secara berterusan dan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan perubatan subsidi kepada pesakit yang menghadapi masalah kewangan melalui hospital baru yang bakal ditubuhkan kelak.

 

Biasiswa kejururawatan

Calon-calon yang dikenal pasti mempunyai kelayakan, Hospital UTAR akan menawarkan biasiswa untuk program ijazah sepenuh masa di UTAR yang terletak di Sungai Long atau program diploma sepenuh masa di institusi kejururawatan tempatan. Selepas berjaya menamatkan program pengajian, mereka akan berkhidmat di bawah Hospital UTAR. Biasiswa yang disediakan ini akan menampung jumlah yuran program, asrama, elaun bulanan, pakaian seragam dan kasut, dan perubatan dan insurans.

 

Tarikh Tutup

Apr 01, 2017

Kriteria

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 kredit dalam subjek berikut :

  • Bahasa Melayu
  • English
  • Sains
  • Matematik
  • Satu subjek lain

Amaun

Biasiswa akan menampung yuran program, asrama, elaun bulanan, pakaian seragam dan kasut, dan perubatan dan insurans.

Jurusan

Diploma Kejururawatan 

Hubungi

Ms. Chor Choy Yook

Faculty of Medicine and Health Sciences

Universiti tunku Abdul Rahman

Tel: 03-90860288

Emel : [email protected] 

Biasiswa Terbaru

Papar Semua

Peperiksaan Hari Rabu adalah
Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun