Biasiswa ASEAN (Ditawarkan oleh Kerajaan Singapura)

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Info Biasiswa

Biasiswa ASEAN ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan belia membangunkan potensi dalam diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang penting seiring dengan abad ke 21.

 

Biasiswa ini ditawarkan oleh kerajaan Singapura dibawah Kementerian Pengajian Singapura. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar dari negara Brunei, Malaysia dan Vietnam

Tarikh Tutup

Mar 31, 2017

⁠⁠⁠Kriteria

Biasiswa ASEAN : Biasiswa pra-universiti 

Pelajar yang memenuhi kelayakan dipelawa untuk memohon biasiswa ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir pada tahun 1999-2001
  • Pemohon merupakan pelajar tingkatan 5 atau mengambil SPM pada tahun 2016 atau peperiksaan GCE O-Level.
  • Mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan konsisten
  • Mahir bertutur dalam bahasa Inggeris dan mempunyai rekod prestasi yang baik dalam aktiviti kokurikulum.

 

Biasiswa ASEAN : Biasiswa Tingkatan 3 (Secondary Three)

  • Pelajar yang memenuhi kelayakan seperti berikut boleh memohon :
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir antara 2001-2003
  • Sekarang belajar di tingkatan 2 atau Tingkatan 3
  • Mempunyai rekod akademik yang cemerlang
  • Mahir dalam bahasa English dan mempunyai rekod kokurikulum yang cemerlang

 

Biasiswa ASEAN : Biasiswa Pelajar Tingkatan 1 (secondary one)

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir antara tahun 2003 - 2005
  • Sedang menuntut di darjah 6 atau tingkatan 1
  • Mempunyai rekod akademik yang cemerlang
  • Mahir dalam bahasa English dan mempunyai rekod kokurikulum yang cemerlang

⁠⁠⁠Amaun

  • Elaun tahunan sebanyak $2,400 berserta asrama penginapan
  • Elaun keperluan asas sebanyak $500 (sekali sahaja)
  • Tiket kapal terbang kelas ekonomi (untuk pelajar dari negeri sebelah timur) atau $50 (untuk pelajar yang tinggal di negeri sebelah barat)
  • Yuran pengajian
  • Yuran peperiksaan GCE O-Level dan A-level (sekali sahaja)
  • Faedah kesihatan dan insurans kemalangan

⁠⁠⁠Disiplin

A- Levels

Cara Memohon

Kepada pelajar yang berminat untuk memohon boleh klik pada pautan di bawah :

Log masuk untuk permohonan di sini

Baca lebih lanjut berkenaan dengan biasiswa di sini

⁠⁠⁠Hubungi

Untuk mengetahui lebih informasi berkenaan dengan biasiswa ini, boleh menghubungi terus di talian +6568722220

Peperiksaan Hari Rabu
adalah Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log Masuk