Anugerah Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2016

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Info Biasiswa

Setiap tahun, The star berkolaborasi dengan institusi-institusi pendidikan terbaik dalam menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar yang cemerlang untuk me;lanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Biasiswa ini ditawarkan untuk semua disiplin pengajian bermula daripada peringkat pra-universiti, ijazah sarjana muda, pengajian profesional dan latihan vokasional.

 

Apa yang menariknya, sekiranya anda memperolehi biasiswa ini anda tidak terikat dengan institusi yang memberi biasiswa ini selepas menamatkan pengajian kelak.

 

Tarikh Tutup

Mar 31, 2017

⁠⁠⁠Kriteria

  • Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih daripada 25 tahun.
  • Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
  • Tidak menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
  • Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM/UEC atau setarafnya dengan (bagi kursus Asasi dan diploma).
  • Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM/UEC atau setaraf dengannya (bagi kursus ijazah sarjana muda).

⁠⁠⁠Disiplin

Sila klik di sini untuk melihat universiti senarai universiti dan kursus yang ditawarkan di bawah biasiswa ini.

Cara Memohon

  • Lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa dan hantar ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
  • Pemohon biasiswa yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
  • Sila ambil perhatian bahawa biasiswa hanya meliputi institusi-institusi dan kursus-kursus yang disenaraikan sahaja.
  • Permohonan mestilah sampai dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan. Permohonan yang dihantar lewat tidak akan dilayan.

⁠⁠⁠Hubungi

The Star Education Fund

Star Media Group Berhad

Menara Star

15 Jalan 16/11 Section 16

46350 Petaling Jaya Selangor

Emel : [email protected]

Hubungi : 03-79671388 sambungan.. 1642/1643

Kertas Selasa adalah
Fizik I, II & III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log Masuk