Universiti Malaya Buka Pengambilan Dalaman untuk Kursus Perundangan (External) Oktober Ini

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 08, 2017, 12:14 pm

Teruja kami hendak kongsikan kepada yang berminat dalam bidang perundangan. Tahukah anda bahawa Universiti Malaya membuka permohonan dalaman dalam ijazah perundangan pada bulan Oktober setiap tahun?. Tawaran berkenaan dibuka kepada warganegara atau penduduk tetap di Malaysia yang memiliki kelulusan STPM/MATRIKULASI/ASASI atau diploma/Ijazah dalam bidang berkaitan atau memiliki pengalaman kerja dalam bidang perundangan!.

  university-malaya  

Apa perbezaan dengan kursus undang-undang  (LLB) di UM yang ditawarkan melalui portal pengambilan pelajar UPU?. Kursus ini dikenali sebagai  Ijazah B.Juris (External) (BoJ). Ianya membuka peluang kepada pelajar yang memiliki kelayakan yang rendah (cukup-cukup makan) ATAU gagal dalam permohonan UPU akibat persaingan yang tinggi ATAU kurang berkemampuan untuk masuk ke swasta tetapi berminat dalam bidang perundangan dan bercita-cita untuk menjadi peguam, pendakwa raya, hakim dan sebagainya.

  perlantikn4  

Apa yang bagusnya BoJ ini?. Dari segi yuran pengajian, ianya lebih murah berbanding LLB di mana-mana universiti awam iaitu bermula dengan RM10,000 hingga 14,000 sahaja mengikut tempoh pengajian.  Untuk pengetahua anda juga , Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) [B. Juris (Eksternal)] adalah suatu ijazah akademik dan tidak termasuk pengajian kursus prosedur dan amali. Peperiksaan untuk ijazah ini akan diadakan sekali setiap tahun di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pelajar boleh menjawab kertas soalan peperiksaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

 

Pelajar program ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) dikehendaki membuat persiapan sendiri untuk pembelajaran dan tuisyen. Mereka dikehendaki membuat persiapan sepenuhnya untuk peperiksaan dengan pengajian persendirian. Pelajar program ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) tidak dibenarkan menghadiri kuliah, seminar dan tutorial yang diadakan untuk pelajar dalaman di Universiti Malaya.

  Pelajar program ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) dibenarkan mengguna Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya untuk mendapatkan maklumat serta kemudahan yang disediakan di perpustakaan setelah membayar yuran perpustakaan sebanyak RM100 setahun.  

kursus undang-undang UM

 

Kalau dah lebih mudah, bagaimana dengan pengiktirafan?. Jangan risau,  BoJ ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Lembaga Kelayakan. Pengiktirafan ini membolehkan lulusan BoJ untuk menduduki peperiksaan Amalan Sijil Perundangan (CLP) bagi melayakkan mereka masuk ke profesion undang-undang seperti menjadi peguam, hakim, pendakwa raya dan sebagainya sama seperti lulusan LLB. Bezanya, lulusan LLB di universiti awam, tidak perlu mengambil peperiksaan CLP dan boleh terus sahaja jadi peguam setelah tamat pengajian tetapi BoJ wajib ambil CLP sama seperti graduan LLB di IPTS jika mereka ingin memasuki profesion undang-undang. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai lesen CLP ini pun, anda boleh sahaja memohon kerjaya dalam profesion berikut :

 

profesion

 

Jadi kepada anda yang ingin memohon, boleh terus ke laman rasmi mereka untuk semak syarat kelayakan dan yuran pengajian atau KLIK DISINI untuk semak brosur lengkap berkaitan program ini. Sistem permohonan hanya akan dibuka sebaik sahaja mereka mengumumkan tarikh buka permohonan. KLIK DISINI untuk ke portal rasmi. Kami nasihatkan anda untuk terus setia bersama kami untuk dapatkan pelbagai info terbaru seperti ini dan tarikh bila permohonan dibuka kelak. Untuk tahun ini ianya telah ditutup pada 14 September yang lalu dan telah pun dibuka sejak bulan Mac. Jadi pada tahun hadapan, boleh rujuk portal mereka dan kami juga akan hebahkan kepada anda. Rujuk juga pautan berkaitan dibawah. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail