Universiti Australia Membuka Peluang Kepada Pelajar Asing untuk Melanjutkan Pengajian sambil Bekerja di Negara itu

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 04, 2017, 06:06 pm

Ketidakstabilan ekonomi pada masa kini menyebabkan ramai yang memilih untuk terus bekerja berbanding meneruskan pengajian. Situasi ini, tidak lain tidak bukan berpunca daripada faktor kekangan kewangan. Namun hakikatnya, kita setiap hari dihidangkan dengan pelbagai peluang yang hadir dalam hidup, cuma sejauh mana kita mencari dan merebut peluang tersebut, semuanya bergantung kepada diri sendiri.

 

university-of-melbourne

 

Pernahkah anda terfikir untuk belajar sambil bekerja di luar negara?. Jika ya, anda tentu terfikir bagaimana caranya?, negara manakah yang menawarkan peluang sedemikian?, industri apakah yang membuka peluang pekerjaan sambilan dan sebagainya. Oleh itu, artikel ini membantu merungkaikan segala persoalan yang bermain di fikiran anda sekali gus membuka jalan serta peluang anda untuk menyambung pengajian dan pada masa yang sama bekerja.

 

best-medical-universities-in-australia-university-of-sydney

 

BEKERJA DENGAN MENGGUNAKAN VISA PELAJAR DI AUSTRALIA

 

Tahukah anda, sekiranya anda melanjutkan pengajian ke Australia, anda berpeluang untuk bekerja di negara itu dengan hanya menggunakan visa pelajar tanpa perlu memohon visa pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan visa pelajar membolehkan anda bekerja tanpa adanya had masa. Had masa itu hanya bergantung kepada jadual kuliah pengajian anda semata-mata. Walau bagaimanapun, sebelum bekerja anda perlu memastikan visa pelajar yang dimiliki membenarkan anda bekerja di negara itu. Bagi mengetahui lebih lanjut sama ada visa pelajar yang dimiliki membenarkan anda bekerja atau sebaliknya, anda boleh melayari laman rasmi Department of Immigration and Border Protection, Australia untuk semakan lanjut.

 

INDUSTRI MANAKAH DI AUSTRALIA YANG MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN?

 

Di Australia, terdapat pelbagai industri yang menawarkan peluang pekerjaan sampingan, antaranya adalah:

 

  • Industri peruncitan (Pasar raya dan kedai pakaian)
  • Industri hospitaliti  (Kafe dan restoran)
  • Industri pelancongan (Hotel dan motel)
  • Industri pertanian misalnya Perladangan (Pekerjaan mengutip buah adalah pekerjaan sambilan paling popular dalam kalangan pelajar dan rakyat asing di Australia).
  • Pentadbiran
  • Jualan dan tele-pemasaran
  • Pendidikan (menyediakan khidmat mengajar).

 

20150516_mexico_strawberry_02

 

Sekiranya anda mempunyai kelayakan profesional, anda juga boleh memohon bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan kelayakan anda. Dari situ, anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan untuk menampung kos sara hidup di sana malah dapat meningkatkan pengalaman bekerja di syarikat asing. Ini tentunya memberi nilai tambah kepada anda selepas menamatkan pengajian kelak.

 

ADAKAH PEKERJA SEMENTARA DI AUSTRALIA DILINDUNGI?

 

Walaupun anda merupakan pelajar merangkap pekerja sambilan, anda tidak perlu risau kerana hak-hak asas anda sebagai pekerja tetap dilindungi oleh undang-undang pekerjaan di Australia. Hak-hak asas tersebut merangkumi perkara berikut :

 

  • Tahap bayaran gaji yang minimum
  • Dilindungi sekiranya anda dipecat tanpa sebab yang relevan
  • Cuti rehat
  • Tempoh masa bekerja
  • Persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat

 

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan majikan di Australia dilindungi oleh "award". "Award" ini merupakan satu garis panduan dalam penetapan gaji dan syarat-syarat minimum dalam bidang pekerjaan atau industri tertentu di Australia. Bagi mengetahui tentang hak anda sebagai pekerja, anda boleh melayari laman rasmi Australian Government's Fair Work.

 

Di Australia, majikan bertanggungjawab memastikan pekerjaan yang diberikan kepada pekerja tidak mendatangkan sebarang risiko kecederaan. Terdapat dua undang-undang yang ditubuhkan untuk melindungi pekerja di tempat kerja iaitu Work Health and Safety (WHS) dan Occupational Health and Safety (OSH). Menerusi undang-undang ini, majikan wajib menyediakan perlindungan insurans kepada pekerja. Perlindungan insurans ini amat penting sekiranya berlaku sebarang kecelakaan yang tidak diingini sewaktu bekerja. Undang-undang itu dikenali sebagai "Pampasan Pekerja". Sekiranya anda jatuh sakit dan memerlukan bantuan perubatan, insurans ini akan membayar bayaran perubatan sehingga anda sembuh dan kembali bekerja seperti sediakala. Bagi mendapatkan lebih informasi berkaitan keselamatan di tempat kerja, anda boleh melayari laman rasmi Safe Work Australia.

 

image_gallery

 

CUKAI PEKERJA DI AUSTRALIA

 

Bergelar pekerja sambilan tidak mengecualikan anda daripada membayar cukai, anda tetap perlu membayar sejumlah cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan Australia. Bagi mengetahui cara mendapatkan nombor cukai dan kaedah pembayaran cukai, anda boleh melayari laman Australian Taxtation Office untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

 

BAGAIMANA HENDAK MENCARI PEKERJAAN?

 

Mencari pekerjaan di Australia tidak sesukar seperti mana yang anda bayangkan. Berikut dikongsikan beberapa tip mencari pekerjaan di Australia.

 

  • Dapatkan informasi jawatan kosong di akhbar tempatan dan laman web carian pekerjaan di Australia.
  • Sesetengah institusi pendidikan mengiklankan jawatan kosong di papan hebahan utama sekitar kampus universiti. Anda boleh mendapatkan info jawatan kosong di papan hebahan berkenaan.
  • Anda boleh berkunjung atau menghubungi Department of International Students di universiti anda. Jabatan ini akan membantu menyediakan dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang pekerjaan di kampus universiti.
  • Daftarkan butir peribadi anda kepada syarikat pengambilan pekerjaan di Australia. Kebanyakan syarikat tersebut akan mencari peluang pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan dan kehendak anda.

 

Menarik bukan?. Jadi kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Australia, teruskan niat anda itu kerana pengalaman dan ilmu yang bakal diperolehi kelak sangatlah berbeza. Untuk tip permohonan anda boleh klik disini untuk ketahui cara bagaimana untuk sambung pengajian ke luar negara termasuklah di Australia. Semoga berjaya!.

PAUTAN MENARIK/BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/peluang-menyambung-pengajian-perubatan-di-rusia/ https://afterschool.my/bm_old/berita/senarai-universiti-luar-negara-yang-iktiraf-matrikulasi/   https://afterschool.my/bm_old/berita/ireland-destinasi-pilihan-pelajar-malaysia/   https://afterschool.my/bm_old/berita/tuntut-kad-diskaun-siswa-1malaysia-kds1m-anda-di-bank-rakyat/ https://afterschool.my/bm_old/berita/permohonan-secara-online-kad-debit-diskaun-siswa-1malaysia-bagi-menggantikan-baucer-buku-dibuka-sekarang/ https://afterschool.my/bm_old/berita/semak-keputusan-peperiksaan-anak-anda-melalui-sistem-analisis-peperiksaan-sekolah/ https://afterschool.my/bm_old/berita/sistem-permohonan-kemasukan-ke-matrikulasi-20182019-kini-dibuka/ https://afterschool.my/bm_old/berita/4-universiti-awam-yang-terima-lulusan-diploma-kemahiran-untuk-peringkat-pengajian-ijazah-sarjana-muda/  

BIASISWA TERKINI

  https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-malaysia/skim-prihatin-pendidikan-1malaysia-spp1m/ https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-malaysia/dermasiswa-jabatan-perkhidmatan-awam-b40-2017/ https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-malaysia/biasiswa-yayasan-kuala-lumpur-kepong-berhad-2017/ https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-malaysia/biasiswa-tasek-corporation-berhad-2017-bidang-kejuruteraan/ https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-malaysia/yayasan-bank-rakyat-pembiayaan-pendidikan-boleh-ubah-2017/ https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/biasiswa-malaysia/biasiswa-top-glove-2017/

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail