UKM Buka Semula Permohonan Masuk ke Program UKM International Bachelor Degree | Afterschool.my

UKM Buka Semula Permohonan Masuk ke Program UKM International Bachelor Degree

August 24, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Berita baik kepada anda yang tidak berminat dengan program yang ditawarkan atau gagal dalam permohonan, anda oleh mencuba nasib memohon program UKM International Bachelor Degree ini. Permohonan dilanjutkan hingga ke tarikh yang akan dihebahkan nanti. Jika berminat buat sahaja permohonan.

 

Untitled-design-17

 

Sebelum itu, baca dahulu info mengenai program ini. Apa bezanya program ini dengan program pengajian di UKM yang ditawarkan dibawah UPU?. Tiada perbezaanya dan anda akan turut memperolehi kelebihan sama seperti pelajar UKM yang lain kecuali syarat kelayakan masuk adalah lebih rendah berbanding melalui UPU.

 

  • Anda turut berpeluang menjalani Summer Program atau Program Pertukaran Pelajar (Mobiliti Program) selama sebulan di beberapa buah universiti luar negara yang menjalinkan kerjasama pendidikan dengan UKM iaitu universiti yang terletak di Jepun, Korea, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat
  • Berinteraksi dengan pelajar-pelajar antarabangsa lain daripada seluruh dunia sekaligus dapat meningkatkan kemahiran komunikasi/pertukaran bahasa, budaya dan sebagainya. Ini menjadi kelebihan kepada pelajar selepas menamatkan pengajian kelak dan menarik perhatian majikan daripada syarikat-syarikat multinasional dalam dan luar negara
  • Syarat kelayakan yang lebih rendah berbanding syarat kelayakan yang diletakkan oleh UKM bagi permohonan melalui UPU
  • Kursus yang diikuti diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sama seperti pelajar UKM lain yang mendaftar dibawah tiket UPU
  • Semua kursus yang ditawarkan seiring dengan permintaan industri semasa dan akan datang
  • Anda akan mengikuti pengajian dalam satu kuliah yang sama dengan pelajar yang lain
  • Kemasukan adalah pada pengambilan September 2017

 

Kepada anda yang berminat, berikut adalah kursus ijazah sarjana muda yang ditawarkan dibawah 11 buah fakulti UKM. Seperti mana yang dimaklumkan semua kursus ini adalah kursus yang membuka peluang pekerjaan yang sangat luas selepas tamat pengajian kelak.

 

ukm1-2

 

Adakah anda berminat dengan kursus yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan umum yang diletakkan?. Jika ya rujuk pula syarat khas program yang ditawarkan seperti berikut. Untuk semak syarat kelayakan bagi STPM/ASASI/MATRIKULASI KLIK pautan berikut :

Tarikh Tutup, Kaedah Pembelajaran & Syarat Kelayakan bagi Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi ke UKM International Programme

 :

 

ukm3-1

 

ukm4-2 ukm5-1 ukm6-1

 

Berminat dan memenuhi syarat umum dan khas program yang ditawarkan?. Sebelum membuat keputusan anda perlu menyemak dahulu yuran pengajian. Berikut adalah yuran yang dikenakan. Suka diingatkan yuran yang dikenakan telah mengambil kira kelebihan yang akan diperolehi oleh pelajar seperti program pertukaran pelajar dan sebagainya.

 

YURAN PENGAJIAN

 

  • Untuk semakan yuran pengajian bagi keseluruhan kursus yang ditawarkan bagi pelajar tempatan KLIK DISINI
  • Untuk semakan  yuran pengajian bagi keseluruhan kursus yang ditawarkan bagi pelajar antarabangsa KLIK DISINI

 

CARA PERMOHONAN

 

p8-250717

 

Jika anda berminat bolehlah mengemukakan permohonan dengan klik dokumen berikut MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN. Borang yang lengkap diisi disertakan bersama dengan salinan dokumen yang diminta perlu dihantar ke alamat :

 

Admission Unit

Pusat Kembangan Pendidikan

Aras 2, Bangunan Wawasan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

ATAU

Emel : marketingpkp@ukm.edu.my

 

Jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh terus ajukan kepada kami di bahagian SOAL JAWAB dengan KLIK DISINI. Kami akan membantu melancarkan proses permohonan anda atau boleh dapatkan info lanjut dengan melayari laman rasmi UKM bagi program ini iaitu : http://www.ukm.my/pkp/  atau boleh menghubungi terus pihak UKM di talian : 03-8921 5331. Semoga berjaya kami ucapkan!.

Peperiksaan Hari Isnin adalah
Kimia I, II dan III

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun