Terima Tawaran Tingkatan Enam Bermakna Gagal dalam Permohonan ke Matrikulasi & Universiti Awam?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 20, 2017, 06:29 pm

Perhatian kepada anda yang berminat melanjutkan pengajian ke matrikulasi bagi kemasukan tahun depan iaitu 2019/2020. Permohonan akan dibuka semula 25 Februari 2019. Info penuh permohonan, KLIK DISINI. 

 

 

Portal Afterschool dihujani soalan mengenai status permohonan ke matrikulasi. Tidak kiralah sama ada yang mendapat tawaran kemasukan ke tingkatan 6 dan yang tidak menerima tawaran. 

 

Jadi untuk meredakan segala kegelisahan anda itu, kami kongsikan dan perjelaskan kepada semua pelajar, guru-guru, ibu bapa bahawa, proses pemilihan kemasukan pelajar sama ada ke matrikulasi atau universiti awam adalah berdasarkan kepada kaedah Meritokrasi. Apa itu kaedah Meritokrasi?. Klik disini untuk baca selanjutnya.

 

 

Kami sebenarnya sudah lama kongsikan kaedah pemilihan pelajar melalui kaedah meritokrasi ini. Mungkin ada yang masih belum mengetahui. Maka, jadikan budaya membaca itu sebagai penambah pengetahuan. Jangan suka mendengar khabar angin yang tidak pasti. Kemudian timbullah segala macam penyakit gelisah, kesedihan dan kemurungan berpanjangan. Kenapa perlu merunsingkan diri sendiri dengan khabar angin yang kurang pasti?.

 

Tidak sekadar cakap kosong, pihak Afterschool sudah menghubungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meminta pencerahan dan pengesahan mengenai perkara ini. Pihak Matrikulasi memaklumkan bahawa, pemilihan adalah berdasarkan kepada kaedah Meritokrasi dimana 90% adalah berdasarkan kelayakan akademik dan 10% adalah kokurikulum. Perkara tersebut juga turut dimaklumkan di portal mereka di bahagian Soalan Lazim. Kepada yang masih ragu, klik disini dan lihat soalan nombor 7 dan boleh menghubungi KPM di talian 03 – 8884 4083 untuk keterangan lanjut.

  

Jadi, mana-mana pemohon yang memenuhi kelayakan dan berjaya mendapat tempat selepas bersaing dengan pemohon yang lain akan ditawarkan melanjutkan pengajian ke matrikulasi dan universiti awam walaupun menerima atau tidak menerima tawaran daripada Tingkatan Enam. Suka juga diingatkan bahawa walaupun pemohon memenuhi semua kelayakan tidak semestinya mereka akan berjaya dalam permohonan. Pemohon perlu bersaing sesama mereka untuk merebut tempat kerana kuota tempat untuk kursus yang ditawarkan adalah terhad. Selain itu, jika kursus tersebut adalah kursus bertemuduga, maka kelayakan akademik anda bukan lagi menjadi ukuran sekiranya gagal dalam temuduga. 

    

Sekiranya anda dilemma sama ada perlu terima tawaran dan melaporkan diri ke tingkatan 6 dahulu atau yang tidak ditawarkan dan perlu membuat rayuan, kami nasihatkan anda untuk terima tawaran, laporkan diri dan buat rayuan kerana tindakan tersebut tidak akan mempengaruhi langsung keputusan permohonan anda. Jika ditawarkan ke Matrikulasi dan Universiti Awam kelak, anda boleh sahaja berhenti dan menerima tawaran oleh kedua-dua institusi tersebut. Jangan risau anda tidak akan disenarai hitam kerana pihak matrikulasi sendiri memaklumkan, mana-mana pelajar yang berhenti atas alasan mendapat tawaran ke universiti awam, pelajar tersebut tidak akan disenarai hitam. 

 

Selain itu terdapat juga soalan yang lain seperti kenapa ada pelajar yang memperolehi 8A mendapat tawaran tingkatan 6 sedangkan sudah tentu-tentu sahaja pelajar yang memperolehi 8A ini mempunyai peluang yang tinggi untuk masuk ke matrikulasi dan universiti awam dengan mudah?. Sebenarnya soalan ini agak rumit untuk dijawab tetapi anda boleh berfikir sejenak, jika anda fikir pelajar yang ditawarkan tingkatan 6, secara automatiknya permohonan mereka ke matrikulasi ditolak kenapa keputusan tidak diumumkan serentak ?.

    

Jadi perkara tersebut sebenarnya berkaitan dengan sistem dan ianya berlaku disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya kuota kemasukan di sekolah tersebut sudah penuh dan pelbagai macam lagi sebabnya. Walau apa sekalipun, pihak KPM perlu menjawab persoalan ini kerana mereka yang menguruskan kemasukan pelajar dan tawaran adalah dibuat secara automatik.

 

Namun, bagi pihak Afterschool, nasihat kami usah serabutkan minda dengan soalan yang tidak mendatangkan sebarang hasil itu. Apa kata anda terima sahaja dahulu tawaran jika ditawarkan ke tingkatan 6 manakala yang tidak ditawarkan boleh membuat permohonan rayuan. Tiada ruginya pun. Ini adalah sebagai langkah persediaan sekiranya anda tidak ditawarkan ke matrikulasi atau universiti awam dan bagi mengelakkan permohonan di saat-saat akhir ditambah pula tiada kekosongan di sekolah yang anda ingin pohon itu. Maka, tentu sahaja akan timbul masalah yang lain. Jika anda ditawarkan ke matrikulasi dan universiti awam kelak, boleh sahaja berhenti tingkatan 6. Tiada masalah jangan risau sama ada akan di senarai hitam dan sebagainya itu. Itu PTPTN sahaja yang kena senarai hitam tetapi anda baru hendak berhutang.

    

Diharap dengan perkongsian ini mampu merelaikan segala kegelisahan tersebut. Apa-apa pun kami di Afterschool mengucapkan semoga berjaya kepada anda. Tidak kira di mana sekali pun ada belajar, tanpa usaha dan semangat juang untuk berjaya, anda tidak akan ke mana. Usaha, doa dan tawakal, pasti akan berjaya kerana setiap dari kita ada kelebihan masing-masing. Kepada yang ingin mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dalam UPU 2018/2019, boleh muat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :

 

 

 

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail